Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Angullia sudah dibuka semula selepas kerja-kerja pembangunan semula 2 tahun

Masjid Angullia di Serangoon Road dibuka semula untuk solat Jumaat pertamanya hari ini (10 Jan) selepas selesai menjalani kerja-kerja pembangunan semula. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masjid Angullia di Serangoon Road dibuka semula untuk solat Jumaat pertamanya hari ini (10 Jan) selepas selesai menjalani kerja-kerja pembangunan semula.

Dibina pada tahun 1890, masjid itu pernah dibina semula pada tahun 1970. Ia menjalani satu lagi kerja-kerja naik taraf setelah ditutup pada Februari 2018.

Majlis perwakafan masjid itu hari ini dilakukan oleh Mufti Negara Dr Mohamad Fatris Bakaram, yang turut mengimamkan solat Jumaat tersebut.

MASJID ANGULLIA SEDIAKAN KEMUDAHAN BARU UNTUK PARA JEMAAH

Dari segi kemudahan, Masjid Angullia kini mampu menampung 2,500 jemaah, iaitu 1,000 jemaah lebih ramai berbanding sekitar 1,500 jemaah sebelum ia dinaik taraf.

Ini kerana bangunan masjid sekarang mempunyai empat tingkat berbanding hanya dua tingkat sebelum ini.

Reka bentuknya berbeza daripada bangunan sebelum ini. Ia kini dihiasi dengan corak dan ciri-ciri yang mencerminkan unsur kehidupan keluarga Angullia, yang berasal dari utara India.

Masjid Angullia kini juga mempunyai dua buah bilik darjah dan auditorium yang dapat menampung 80 jemaah yang direka khas bagi memenuhi keperluan pendidikan keagamaan penduduk kawasan itu, termasuk bagi penganjuran acara seperti seminar-seminar pada masa depan.

Bagi golongan orang tua dan mereka yang mempunyai isu mobiliti pula, Masjid Angullia memasang sebuah lif serta laluan tanjakan bagi memudahkan pergerakan.

Selain itu, ia juga akan menyediakan lantai khas di aras ketiga untuk jemaah perempuan.

Lebih menarik lagi, dewan solat utama di tingkat dua dan tiga masjid itu dilengkapi dengan alat hawa dingin bagi memberikan suasana beribadah yang lebih selesa.

"Insya-Allah, dengan pembukaan Masjid Angullia ini, kita berharap jemaah semakin selesa untuk beribadah di daerah Serangoon Road. Alhamdulillah, saya amat bangga dengan pembaharuan Masjid Angullia ini.

"Kita ada banyak kemudahan untuk jemaah-jemaah di kawasan ini yang berbilang bangsa dan program-program kita pun akan diperbaharui," ujar Encik Asheeq Jumahir, Pengurus Masjid Angullia.

Majlis bagi pembukaan rasmi Masjid Angullia pula akan diadakan pada 14 Februari 2020.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan