Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Angullia lancar khidmat pembangunan sosial dan masyarakat bantu keluarga Islam memerlukan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masjid Angullia menjadi masjid terbaru dikenalpasti sebagai sebuah Masjid Pembangunan Sosial yang menyediakan bantuan wang zakat di samping memudahkan pelaksanaan skim-skim bantuan nasional lain bagi keluarga-keluarga Islam yang tinggal di kawasan berdekatan.

Inisiatif dipanggil 'Khidmat Masyarakat @ Masjid Angullia' akan menyediakan keperluan seharian asas seperti barang makanan kepada penerima bantuan zakat dan masyarakat umum.

Dengan menyelaraskan khidmat-khidmat pembangunan sosial seperti ini, ia bertujuan untuk memperhebatkan kemudahan kepada lebih ramai orang sebagai usaha bersepadu MUIS untuk menaikkan taraf keluarga Islam yang memerlukan.

Semasa majlis pelancarannya pada Ahad (13 Nov), Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal turut mengagihkan pek-pek habuan kepada 15 penerima zakat.

(Facebook/Angullia Mosque)

Sebagai Masjid Pembangunan Sosial yang ke-34 di Singapura, para pegawai khusus akan ditugaskan untuk giat mendampingi keluarga-keluarga Islam dengan masalah kewangan dan pengurusan agihan zakat.

Dalam pada itu, Masjid Angullia juga akan memulakan sebuah inisiatif Pantri Masyarakat yang akan dimulakan pada tahun depan.

"Pantri Masyarakat boleh bertahan melalui dana fidyah, rangkaian sosial masjid dan derma aktif oleh masyarakat awam. Melalui inisiatif ini, Masjid Angullia berharpa untuk dapat memperluaskan lagi peranannya dalam menyokong individu dan keluarga yang memerlukan," kata Superintendan Kawasan Masjid, Hafiz Rashid.

Setakat ini, terdapat empat Pantri Masyarakat di merata negara dan Masjid Angullia adalah masjid pertama di kawasan selatan Singapura untuk menawarkan khidmat tersebut.

Masjid Angullia turut mengalu-alukan sumbangan masyarakat secara tunai atau barangan makanan dengan pengagihannya diuruskan oleh pihak masjid.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan