Masjid Al-Taqua rai ulang tahun ke-140, kumpulkan kisah lama bekas penduduk untuk terbitkan buku
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sempena meraikan ulang tahun Masjid Al-Taqua yang ke-140 tahun ini, sebuah buku bakal diterbitkan bagi merakam sejarah masjid tersebut.
Dibina pada 1883, masjid yang terletak di Jalan Bilal di kawasan Bedok itu banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat, khususnya yang pernah tinggal di kawasan-kawasan berhampiran.
"Idea ini tercetus sebenarnya kita melihat pentingnya sejarah. Jadi sejarah Masjid Al-Taqua secara khusus ini belum ada. Jadi dengan demikian kita merasakan perlulah untuk kita membuat sesuatu supaya Masjid Al-Taqua ini dapat dikenang, dapat orang mengetahui apakah kegiatan ataupun program yang disediakan oleh Masjid Al-Taqua," kata Pegawai Kanan Agama Masjid Al-Taqua, Ustaz Abdul Manaf Rahmat.
Beliau menambah, "Pentingnya kita membuat hal ini ialah demi untuk melestarikan tentang Masjid Al-Taqua dan program-program yang ada sebagai fungsi masjid iaitu memberikan ilmu. Maka dari itu kita ingin kalau dahulu dikatakan Masjid Al-Taqua sebagai hab ilmu tapi kali ini kita nak melestarikan dan meneruskan dan kita nak menamakannya sebagai perkampungan ilmu."
Bagi mengumpul cerita dan sejarah itu, Masjid Al-Taqua menganjurkan sebuah acara perjumpaan untuk bekas para penduduk yang tinggal berdekatan kawasan masjid berkenaan pada Ahad (17 Sep).
Sekitar 100 bekas penduduk yang pernah tinggal di kawasan-kawasan seperti Jalan Bilal, Jalan Haji Salam, Jalan Gereja, Jalan Kathi dan Lorong Pelasari hadir di acara tersebut.
Di samping bertujuan mengumpulkan maklumat tentang masjid tersebut menerusi kisah dan pengalaman bekas para penduduk, ia juga peluang untuk bekas penduduk itu menjalinkan semula silaturahim dengan bekas jiran-jiran tetangga.
IMBAU KENANGAN BULAN RAMADAN, BELAJAR MENGAJI & BANJIR DI KAMPUNG
Antara yang tampil untuk berkongsi pengalamannya ialah Encik Mohd Nazirin Abu Bakar, 57 tahun.
Antara sejarah masjid itu yang masih segar lagi di ingatan Encik Nazirin ialah suasana menyambut Ramadan di situ.
"Masa itu memang kita solat tarawih penuh 20 rakaat. Tak berani nak keluar lepas 8 rakaat pasal memang ada yang jaga. Dan juga pengambilan bubur Ramadan. Arwak Pak Mail kita selalu panggil yang tukang masaknya, buburnya memang lazat dan kita bawa mangkuk tepen pasal adik beradik ramai masa itu dan tak pernah sekali pun Pak Mail tolak. Dia akan beri kita. Kalau empat tingkat, empat tingkatlah dia akan beri," kata Encik Nazirin.
Beliau kerpindah keluar dari kampungnya di Jalan Kathi pada 1988.
Pada ketika itu, kampungnya sering dilanda banjir.
"Dulu kita alami gangguan bekalan elektrik. Selalu 'blackout' sebab itu tiap-tiap rumah akan siapkan bekalan lilin dan juga kami juga kalau musim tengkujuh selalu banjir. Air naik pasang dan kita terpaksa bergerak daripada tempat ke tempat. Kadang-kadang bila banjir itu agak teruk, kita menggunakan sampan," ujarnya.
Seorang lagi individu yang telah banyak memanfaatkan program-program di Masjid Al-Taqua ialah Cikgu Muhd Abdul Rahman, 79 tahun.
Beliau pernah tinggal di kawasan Jalan Bilal sekitar tahun 1950an hingga ke 1970an.
"Yang tak boleh saya lupakan ialah waktu kita berkumpul selepas sembahyang Maghrib menantikan sembahyang Isyak dan kami akan bermuzakarah bersama-sama dengan pakcik-pakcik yang telah ada pengalaman tentang agama, mengajar kami semua tentang hukum-hukum agama, mengajar al-Quran dan sebagainya. Itulah cara orang-orang dulu menyampaikan ilmu kepada kita semua," kata Cikgu Muhd.
Keharmonian hidup berjiran di kampung ketika itu juga suatu pengalaman yang amat dihargai beliau.
"Suasana kampung pada masa itu sangatlah meriah dan kami mudah berkenalan atau pergi dari satu rumah ke satu rumah dengan bersahaja sebab mereka semua kenal kita. Dan mereka juga adalah saudara kita jadi tak ada masalah untuk kita berinteraksi dengan mereka semua," tambahnya.
Menurut pihak Masjid Al-Taqua, selain buku, lebih banyak acara bagi meraikan ulang tahunnya sedang dirancang.
Butirannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.