Masjid Al-Muttaqin ditutup 2 hari; dikunjungi kes COVID-19 Jumaat lalu
Masjid Al-Muttaqin ditutup buat sementara waktu bermula hari ini sehingga tengah hari esok selepas masjid tersebut dikunjungi kes COVID-19 pada Jumaat (14 Mei).

(Gambar: MUIS)
BERITAMediacorp: Masjid Al-Muttaqin ditutup buat sementara waktu bermula hari ini sehingga tengah hari esok selepas masjid tersebut dikunjungi kes COVID-19 pada Jumaat (14 Mei).
Menurut catatan Facebook Masjid Al-Mutaqqin pagi ini (23 Mei), kunjungan itu dicatatkan antara 12.55 dengan 1.35 tengah hari, iaitu semasa solat Jumaat.
Masjid tersebut akan ditutup buat sementara waktu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh dan akan dibuka semula pada waktu Zohor esok.
Sehubungan itu, semua tempahan untuk solat berjemaah akan dibatalkan secara automatik.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam pada itu menasihatkan para jemaah yang mengunjungi masjid tersebut pada waktu yang dinyatakan supaya memantau kesihatan masing-masing dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika tidak sihat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.