Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Al-Mawaddah antara pihak yang aktif berkebun, guna sisa makanan sebagai baja

Satu gerakan kebangsaan bagi menggalak kegiatan berkebun nampaknya membuahkan hasil. Lebih 1,400 kebun masyarakat 'tumbuh' sejak gerakan itu dimulakan pada 2005.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Mawaddah antara pihak yang aktif berkebun, guna sisa makanan sebagai baja

Kebun Masyarakat Masjid Al-Mawaddah. (Gambar: Masjid Al-Mawaddah/Facebook)

Diterbitkan : 04 Jun 2019 09:25PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 09:29PM

SINGAPURA: Satu gerakan kebangsaan bagi menggalak kegiatan berkebun nampaknya membuahkan hasil. Lebih 1,400 kebun masyarakat 'tumbuh' sejak gerakan itu dimulakan pada 2005.

Dalam usaha memastikan persekitaran Singapura kekal menghijau, ramai pekebun juga menggunakan sisa-sisa makanan sebagai baja.

Misalnya, di Masjid Al-Mawaddah, para sukarelawan menghasilkan baja dari sisa organik untuk kebun mereka selama dua tahun. Mereka berbuat demikian dengan menggunakan sebuah tong yang mereka temui.

Daun-daun kering dari kebun, sisa sayuran dan buah-buahan dari kafe di masjid itu turut dikumpul untuk dijadikan baja.

Selain berkongsi hasil tanaman, kelab berkebun di masjid itu juga berkongsi pengetahuan berkebun dan memberi inspirasi kepada beberapa jemaah masjid untuk membuat baja sendiri di rumah.

Nyata, minat terhadap kegiatan berkebun semakin meningkat dalam kalangan rakyat Singapura.

Menurut satu kajian pihak berkuasa bagi Pelan Induk Sifar Sisa Singapura, ada yang memberi saranan agar lebih banyak inisiatif "kompos masyarakat" dianjurkan.

Kumpulan 'The Foodscape Collective' misalnya, membuka satu wadah bagi menghubungkan para individu yang ingin menerima dan memberikan sisa makanan.

Lebih 60 orang dan syarikat sudah mendaftarkan diri sejak ia dilancarkan pada September lalu. 

Sumber : CNA/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan