Masjid Al-Istiqamah ditutup sementara; 1 kes COVID-19 dikesan
Masjid Al-Istiqamah ditutup sementara hari ini (1 Okt) dari waktu Asar hingga Isyak bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Masjid Al-Istiqamah ditutup sementara hari ini (1 Okt) dari waktu Asar hingga Isyak bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
Ini setelah satu kes COVID-19 dikesan di masjid itu.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam catatan Facebook hari ini.
Masjid Al-Istiqamah di Serangoon akan dibuka semula esok (2 Okt) pada waktu Subuh.
Sebagai langkah berjaga-jaga, para jemaah yang mengunjungi masjid itu baru-baru ini dinasihatkan supaya memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika berasa kurang sihat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.