Skip to main content

Singapura

Masjid Al-Huda lancar program pendidikan Islam percuma sempena ulang tahun ke-100

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena ulang tahunnya yang ke-100, Masjid Al-Huda melancarkan sebuah inisiatif baharu untuk menyediakan pendidikan agama secara percuma buat masyarakat.

Inisiatif yang dipanggil 'Darul Arifin' itu juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk para asatizah tempatan.

"Darul Arifin diwujudkan untuk menyediakan program pendidikan Islam yang lebih tersusun khususnya bagi remaja yang memerlukan dalam lingkungan umur 13 hingga 20 tahun dan juga ia boleh dijadikan satu detik sejarah dengan sumbangan yang bermakna" kata Pengerusi Masjid Al-Huda, Mohd Idris Mohd Khair.

Related article image
Inisiatif 'Darul Arifin' dilancarkan semasa majlis sambutan ulang tahun Masjid Al-Huda yang ke-100. (Gambar: Masjid Al-Huda)

Inisiatif itu dilancarkan di majlis sambutan ulang tahun Masjid Al-Huda yang ke-100 di Holiday Inn Singapore Atrium pada Sabtu (12 Jul).

Ia dihadiri sekitar 500 tetamu termasuk pemimpin masyarakat, rakan korporat serta jemaah masjid tersebut.

"Pelancaran ini menjadi simbol sumbangan masjid kepada masyarakat, bukan sekadar dalam bentuk fizikal tetapi dalam pembinaan insan dan jiwa. Ia merupakan hadiah ulang tahun yang akan terus memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat" kata Encik Idris.

Sebanyak 40 peratus daripada hasil tajaan untuk acara tersebut akan disalurkan untuk membiayai program-program Darul Arifin.

Related article image
500 tetamu hadir termasuk pemimpin masyarakat, rakan korporat dan jemaah masjid itu.(Gambar: Masjid Al-Huda)
Pihak masjid juga mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat bagi menjayakan inisiatif itu.

"Kami menjangkakan perbelanjaan setiap tahun bagi urusan logistik, wang saguhati atau honorarium bagi asatizah dan pengurusan pemasaran dan lain-lain lagi, mungkin akan menelan belanja dalam sekitar $20,000 setahun mengikut keadaan semasa. Sumbangan orang ramai ataupun wakaf infaq Dana Khusus Darul Arifin melalui transaksi online ataupun boleh juga gunakan kod QR dan tabung fizikal yang disediakan di pekarangan masjid," kata Encik Idris.

Bermula sebagai sebuah surau yang dibangunkan di Kampong Tempeh pada 1925, masjid itu sudah menjalani beberapa kerja naik taraf bagi memenuhi keperluan para penduduk di kawasan Bukit Timah dan Ghim Moh kini.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/HD/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita