Masjid Al-Huda antara tempat bersejarah dalam Jejak Warisan Bukit Timah
Landasan kereta api pertama Singapura dipilih menjadi satu daripada lapan tempat baru yang disertakan ke dalam Jejak Warisan Bukit Timah.
SINGAPURA: Landasan kereta api pertama Singapura dipilih menjadi satu daripada lapan tempat baru yang disertakan ke dalam Jejak Warisan Bukit Timah.
Menurut Lembaga Warisan Negara (NHB) tempat-tempat tersebut disertakan ke dalam jejak warisan itu setelah ditemui maklumat baru mengenainya.
Tempat-tempat yang sedia ada di dalam Jejak Warisan Bukit Timah juga mempunyai penanda baru yang menyediakan maklumat sejarah serta gambar tentang tempat-tempat tersebut.
Salah satunya ialah Masjid Al-Huda yang merupakan nadi bagi salah sebuah kampung yang pernah ada di Bukit Timah.
Kampong Tempe yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Huda bermula seawal 1900an.
Ia dinamakan sempena makanan tempe yang pernah dihasilkan para penduduk kampung itu.
"Amatlah penting sekali masyarakat perlu diberitahu mengenai peranan masjid ini dan juga sejarah masjid ini kerana ia memberi satu gambaran yang positif bagi masyarakat Singapura yang mana hidup berbilang bangsa dan kaum," kata Encik Azman Kassim, Pengerusi Masjid Al-Huda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.