Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Al-Falah, Hajjah Fatimah dan Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara setelah dikunjungi kes COVID-19 terkait kelompok TTSH

Masjid Al-Falah, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran akan ditutup pada Ahad (2 Mei), umum Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam Facebooknya hari ini (1 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 May 2021 05:46PM Dikemas Kini : 01 May 2021 10:24PM

SINGAPURA: Masjid Al-Falah, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran akan ditutup pada Ahad (2 Mei), umum Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam Facebooknya hari ini (1 Mei).

Langkah itu dibuat bagi membolehkan semua pegawai dan sukarelawan menjalani ujian swab selepas tiga masjid itu dikunjungi seorang individu yang disahkan positif COVID-19 dari kelompok Hospital Tan Tock Seng.

Kesemua masjid itu akan dibuka semula pada Isnin (3 Mei) mulai solat Zohor. MUIS menyatakan semua tempahan bagi solat berjemaah dibatalkan secara automatik termasuk untuk solat Tarawih dan Qiyamullail, serta solat Subuh pada Isnin.

Pihak masjid akan menghubungi para jemaah yang sudahpun membuat tempahan untuk memaklumkan kepada mereka tentang pembatalan itu.

Sebelum ini, ketiga-tiga masjid itu ditutup sementara pada Khamis (29 Apr) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah ia dikunjungi individu yang positif COVID-19. Ia dibuka semula semalam untuk solat Jumaat.

Selasa lalu (27 Apr), Masjid Petempatan Melayu Sembawang merupakan yang pertama dikesan dikunjungi kes COVID-19. Lagi lima masjid lain - Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Al-Falah, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Al-Iman - juga ditutup pada Khamis untuk menjalani kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman setelah didapati dikunjungi individu yang positif virus itu.

MUIS sebelum ini menyatakan individu-individu itu tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda-tanda dijangkiti koronavirus semasa mereka memasuki masjid-masjid berkenaan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan