Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara setelah dikunjungi kes COVID-19

Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara pada Khamis (29 Apr) bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dan akan dibuka semula untuk solat Jumaat esok.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara setelah dikunjungi kes COVID-19

Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran di 10 Gentle Road (Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 29 Apr 2021 09:11AM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 09:15AM

SINGAPURA: Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara pada Khamis (29 Apr) bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Ini setelah seorang individu yang mengunjungi masjid itu disahkan positif COVID-19.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan pihaknya dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bahawa individu itu mengunjungi masjid yang terletak di 10 Gentle Road itu pada Jumaat (16 Apr) untuk solat Asar.

Masjid tersebut akan dibuka semula Jumaat (30 Apr) untuk solat Jumaat.

Semua pendaftaran bagi solat berjemaah semasa tempoh penutupan terbatal secara automatik, termasuk tempahan untuk solat Tarawih, menurut MUIS dalam khidmat penghantaran maklumatnya di WhatsApp.

MUIS sedang membantu MOH dalam pengesanan kontak dan jemaah yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada individu yang dijangkiti akan dihubungi untuk tindakan susulan.

"Ini adalah peringatan kepada kita tentang pentingnya langkah-langkah pengurusan selamat di masjid-masjid serta penggunaan TraceTogether untuk mengesan kontak dengan lebih pantas sekali gus membendung penularan COVID-19," menurut MUIS di laman Facebooknya hari ini. 

Pada Selasa (27 Apr) Masjid Petempatan Melayu Sembawang juga ditutup untuk dua hari selepas dikunjungi kes COVID-19.

Masjid tersebut dijadualkan untuk dibuka semula untuk solat Zuhur hari ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan