Masih ada permintaan bagi bakat teknologi di SG meski pemberhentian besar-besaran: Pengamat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meski berlaku pemberhentian kerja secara besar-besaran di firma teknologi seperti Meta, Twitter, Amazon dan Shopee, masih terdapat permintaan tinggi bagi pakar teknologi kerana syarikat dari pelbagai cabang masih ingin membangunkan keupayaan digital masing-masing.
Aktiviti perniagaan dan pengambilan kerja masih berjalan terus meskipun beberapa bahagian industri teknologi mula merudum disebabkan kadar inflasi dan faedah yang semakin meningkat dalam landskap pasca pandemik, kata penganalisis kepada Mediacorp.
"Keadaan di mana ramai pekerja direkrut kerana khuatir kehilangan bakat mungkin akan berhenti buat seketika," kata Penolong Profesor Ng Weiyi dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Antara majikan yang mungkin lebih "berhemat" adalah syarikat pemula teknologi kewangan, fintech, yang sangat bergantung pada pembiayaan menerusi ekuiti privet dan modal pelabur, kata beliau.
Persaingan juga semakin sengit dengan jumlah pencari kerja semakin bertambah selepas beberapa pemberhentian berprofil tinggi turut menjejas sektor teknologi Singapura.

Kumpulan bakat teknologi yang lebih besar akan memberi kelebihan kepada syarikat untuk menetapkan syarat pekerjaan. Ini bermakna firma akhirnya membayar gaji lebih rendah kepada pekerja, kata Prof Madya Ng.
Namun di luar sektor syarikat pemula, beberapa firma yang tidak dianggap sebagai perusahaan teknologi seperti bank sedang berusaha meningkatkan lagi keupayaan digitalnya.
Pemberhentian kerja dalam sektor teknologi memberikan sumber tenaga kerja manakala bagi pencari kerja dalam bidang teknologi, peluang baru mendapatkan kerja.
SYARIKAT CARI PEKERJA BIDANG TEKNOLOGI
Di OCBC, beberapa pasukan teknologi sudah bertambah dua kali ganda dalam tempoh dua tahun yang lalu dalam teknologi baru seperti rantaian blok, kecerdasan buatan (AI) dan realiti tambahan.
Pekerja baru datang daripada pelbagai latar belakang termasuk bank, firma teknologi, syarikat permula dan sektor pemerintah, kata Encik Praveen Raina, ketua operasi kumpulan dan teknologi.
OCBC mengumumkan pada Mac bahawa bank itu akan mengambil 1,500 pekerja teknologi dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi jawatan seperti pemaju aplikasi, pakar keselamatan siber, pakar rantaian blok dan saintis data.
UOB juga merancang untuk mengambil lebih 2,700 pekerja tahun ini, yang mana 500 adalah bagi peranan dalam teknologi dan data, kata Encik Dean Tong, ketua sumber manusia UOB.
Sementara itu, DBS menyatakan ia juga terus mengambil pekerja dalam peranan penting seperti bidang data, AI dan pembelajaran mesin, serta rantain blok.
Syarikat automasi Workato adalah antara syarikat teknologi di Singapura yang masih mengambil pekerja.
Menurut laporan yang diterbitkan pada April syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu merancang untuk menambah jumlah pekerjanya sebanyak lebih lima kali ganda menjelang 2025.
PERUBAHAN MINDA
Pertumbuhan gaji yang semakin merosot sudah dilihat dalam sektor berkenaan, kata Encik Adrian Goh, pengasas bersama platform bakat teknologi NodeFlair.
Menurut beliau kemerosotan itu ada kaitan dengan gabungan kelembapan dalam pembiayaan bagi syarikat pemula, pemberhentian pekerja dan pengambilan pekerja dibekukan serta pasaran mata wang kripto yang pesimis.
Beliau mengingatkan karyawan teknologi agar mengurangkan jangkaan mereka berhubung kenaikan gaji sambil menambah bahawa "perubahan minda perlu kerana kami bukan lagi dalam pasaran 'wang percuma' di mana syarikat bersaing untuk mendapatkan bakat.
Encik Goh menambah bahawa permintaan untuk bakat teknologi pada masa hadapan mungkin lebih bersifat "hibrid" dengan seorang pekerja menggalas beberapa tugas dalam satu-satu masa.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.