Skip to main content

Singapura

Masalah sistem isyarat punca kelengahan di Laluan Circle

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah sistem isyarat punca kelengahan di Laluan Circle

(Gambar: iStock/winhorse)

Diterbitkan : 22 Mar 2024 12:00PM
SINGAPURA: Kerosakan isyarat antara stesen MRT Promenade dan Nicoll Highway di Laluan Circle menyebabkan kelengahan pada Jumaat (22 Mac) pagi.

Pengendali kereta api SMRT berkongsi isu tersebut pada kira-kira pukul 9.30 pagi melalui catatan di Facebook.

Ia menasihatkan penumpang untuk menambah 30 minit kepada masa perjalanan mereka antara stesen Paya Lebar dan Dhoby Ghaut atau Marina Bay.

SMRT kemudian menyemak masa perjalanan tambahan kepada 20 minit melalui kemas kini pada pukul 10.10 pagi.

Khidmat bas disediakan ketika tempoh tersebut.

Dalam catatan selanjutnya, SMRT menyatakan bahawa kerosakan isyarat itu berlaku pada kira-kira 9.20 pagi, dengan jurutera di lokasi cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Khidmat kereta api biasa "disambung semula secara progresif" pada kira-kira pukul 10.20 pagi, dengan khidmat penuh bersambung pada pukul 10.30 pagi.

"Kami memohon maaf kerana menjejas perjalanan anda pagi ini," tulis SMRT.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita