Masalah landasan di Clementi cetus kelengahan di EWL
Kerosakan landasan di Clementi menyebabkan kelengahan di Laluan Timur-Barat (EWL) pagi ini (19 Sep), menurut pengendali kereta api SMRT.

Para penumpang di stesen MRT Jurong East. (Gambar: Arul)
SINGAPURA: Kerosakan landasan di Clementi menyebabkan kelengahan di Laluan Timur-Barat (EWL) pagi ini (19 Sep), menurut pengendali kereta api SMRT.
Pada jam 7.10 pagi, SMRT mengirimkan tweet bagi memaklumkan para penumpang tentang kelengahan selama 30 minit bagi perjalanan antara stesen Jurong East dengan Clementi.

(Gambar: Erul)
Beberapa minit kemudian, ia mengirimkan satu lagi tweet tentang khidmat bas percuma yang disediakan dari Queestown hingga Boon Lay.

(Gambar: Erul)
Pada jam 7.40 pagi, pengendali kereta api itu meminta para penumpang supaya menjangkakan tambahan 30 minit pada masa perjalanan antara Queenstown dengan Boon Lay.
Ia juga menasihati para penumpang melalui kiriman tweetnya pada jam 7.53 pagi supaya melalui stesen Woodlands dan Ang Mo Kio di Laluan Utara-Selatan (NSL) untuk ke bandar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.