Masalah kesihatan, tanggungjawab jaga keluarga hambat penerima bantuan ComLink+ kerja tetap
Memastikan persekitaran rumah lebih selamat seperti memasang palang pegang di bilik mandi boleh mengurangkan bahaya terjatuh. (Gambar hiasan: iStock)
- Penerima bantuan Comlink+ Mohamad Salleh merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarganya.
- Dengan skim bantuan ComLink+, seorang pegawai pembimbing keluarga ditugaskan untuk memberi bimbingan khusus bagi membantu keluarga Encik Mohamad memahami dan mendapatkan skim-skim bantuan kesihatan dan kewangan sedia ada.
- Sekitar 40 peratus keluarga ComLink+ berdepan dengan cabaran-cabaran pekerjaan.
- Oleh itu, beliau berharap syarikat-syarikat serta agensi-agensi lain dapat sama-sama membantu keluarga-keluarga ini mendapatkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih sesuai bagi keadaan hidup mereka, kerana pekerjaan yang stabil lazimnya langkah yang pertama untuk memutuskan kitaran kebergantungan.
Beliau juga penjaga sambilan bagi anak perempuannya yang berkeperluan khas.
Lebih mengagumkan lagi, Encik Mohamad sendiri seorang bekas pesakit barah.
Encik Mohamad berkata: "Saya tak boleh tak kerja. Tak kerja, tak ada duit, tak ada apa semua. Walaupun sakit ke apa, terpaksa kerja.
"Tak kerja hari-hari sebab apa, badan tak kuat macam dulu. Sekarang dah kena barah, lagi ada kolesterol tinggi. Kadang-kadang (dada) sakit."
Walaupun teguh menghadapi cabaran, beliau dan keluarganya tetap memerlukan bantuan untuk mencapai mobiliti sosial.
Di sinilah ComLink+ dapat membantu.
Dengan skim bantuan ComLink+, seorang pegawai pembimbing keluarga ditugaskan untuk memberi bimbingan khusus bagi membantu keluarga Encik Mohamad memahami dan mendapatkan skim-skim bantuan kesihatan dan kewangan sedia ada.
Encik Mohamad juga menerima bantuan wang tunai tambahan menerusi Pakej Perkembangan ComLink+ yang menggalak pekerjaan berterusan.
40% KELUARGA COMLINK+ HADAPI CABARAN KERJA
Sekitar 40 peratus keluarga ComLink+ berdepan dengan cabaran-cabaran pekerjaan.
Ini lazimnya ekoran sebab yang sama seperti masalah kesihatan atau tanggungjawab menjaga ahli keluarga.
Sesetengah agensi khidmat sosial menyatakan cabaran sebegini menjejas keupayaan individu mengekalkan pekerjaan yang stabil.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allkin Singapore, Mohamed Fareez Mohamed Fahmy berkata: "Keluarga yang ada anak kecil, ibu atau bapa tunggal, atau mereka menjaga warga emas yang mempunyai rutin harian yang tidak menentu kadang-kadang, menjadikan pekerjaan berterusan sukar untuk dikekalkan.
"Tekanan kewangan yang berpanjangan ini juga akan menjejas keupayaan keluarga untuk membuat keputusan dan rancangan untuk jangka panjang."
Malah, ramai individu ini terpaksa memilih pekerjaan yang menawarkan pendapatan cepat dan jadual fleksibel seperti pekerjaan ekonomi 'gig'.
Sebuah agensi khidmat sosial menyatakan rintangan yang dihadapi selalunya menghadkan pilihan pekerjaan bagi individu-individu tersebut, menyebabkan mereka cenderung memilih pekerjaan yang lebih mudah diakses seperti dalam sektor runcit atau khidmat makanan.
Penolong Pengarah, TOUCH Community Services, Marcus Lim berkata: "Namun, kerja-kerja seperti ini juga agak mencabar dari segi fizikal, atau ada waktu kerja yang panjang, yang membuat penjagaan ahli keluarga lebih mencabar, atau mungkin menjejas kesihatan fizikal dan mental mereka.
"Semua ini mungkin membuat klien kami kelihatan seolah-olah terlalu memilih atau mengejar kesenangan sedangkan mereka hanya sedang cuba mencukupkan wang belanja."
Oleh itu, beliau berharap syarikat-syarikat serta agensi-agensi lain dapat sama-sama membantu keluarga-keluarga ini mendapatkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih sesuai bagi keadaan hidup mereka, kerana pekerjaan yang stabil lazimnya langkah yang pertama untuk memutuskan kitaran kebergantungan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.