Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masalah kabel gentian punca rakaman lalu lintas di ekspreswe tidak dapat diakses 14 jam: LTA

Satu "kerosakan pada saluran gentian" menyebabkan rakaman kamera lalu lintas di ekspreswe tidak dapat diakses selama hampir 14 jam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu "kerosakan pada saluran gentian" menyebabkan rakaman kamera lalu lintas di ekspreswe tidak dapat diakses selama hampir 14 jam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Jan).

Rakaman kamera termasuk di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, tidak dapat diakses melalui OneMotoring, aplikasi MyTransport.SG dan DataMall dari pukul 8.33 malam pada Khamis (19 Jan) hingga pukul 10.20 pagi Jumaat.

Menurut LTA, rakaman kamera itu tidak dapat diakses disebabkan oleh isu ketersambungan gentian.

"Semasa tempoh ini, kemas kini lalu lintas masih dapat diakses menerusi wadah-wadah lain seperti papan tanda Sistem Penasihat dan Pemantauan Ekspreswe dan Twitter," katanya.

"Pembekal kami telah membaiki kerosakan pada saluran gentian itu dan ia kini berfungsi seperti sedia kala."

Lalu lintas dijangka sesak di pusat-pusat pemeriksaan darat ke Malaysia sepanjang cuti Tahun Baru Cina, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) pada Isnin.

Ia menasihatkan  pemandu yang ingin ke Malaysia antara 16 dengan 20 Januari supaya memeriksa keadaan lalu lintas melalui laman One Motoring atau menerusi Sistem Penasihat & Pemantauan Ekspreswe yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan