Masalah gelandangan jangka panjang 'lebih rumit'; dikaitkan dengan masalah keluarga, rumah tangga: Kajian SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masalah gelandangan jangka panjang di Singapura adalah "lebih rumit dan pelbagai daripada yang disangka sebelum ini", dengan faktor-faktor penyumbangnya terkumpul sejak zaman kanak-kanak hingga alam dewasa dan usia tua, menurut kajian baharu.
Kajian oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) juga mendapati bahawa tekanan-tekanan tersebut lebih dikaitkan dengan keluarga ibu atau bapa tunggal dan mereka yang menghadapi masalah rumah tangga, yang menjadikan mereka lebih berisiko tinggi untuk menjadi gelandangan pada jangka panjang.
Belia berisiko juga didapati rentan terjebak dalam masalah gelandangan, terutamanya mereka yang berhenti sekolah awal, berdepan ketidakstabilan keluarga dan terlibat dalam kenakalan remaja.
Dapatan bagi kajian yang dijalankan selama tiga tahun itu dikeluarkan pada Jumaat (9 Jan) bersama pengumuman Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengenai kiraan jalanan 2025 bagi gelandangan.
MSF juga mengumumkan lebih banyak langkah sokongan untuk menangani isu gelandangan, termasuk dana sebanyak S$450,000 untuk membantu pertubuhan merintis beberapa inisiatif.
Antara lain, kajian IPS mendapati bahawa gelandangan jarang dicetuskan oleh satu peristiwa sahaja, dan boleh menjadi akibat daripada kehilangan pendapatan, perpecahan keluarga, kesihatan yang buruk, penderaan dan pemenjaraan.
Ditugaskan oleh MSF, kajian tiga tahun yang dijalankan dalam tiga fasa dari 2021 hingga 2024, mengesan bagaimana orang terjebak dalam masalah gelandangan dan cabaran yang mereka hadapi untuk keluar daripadanya.
Penyelidik juga menggesa "anjakan paradigma" dari dasar-dasar yang campur tangan dalam gelandangan kepada yang mencegahnya daripada berlaku.
Mereka juga mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan pengalaman bagi gelandangan yang tinggal di tempat perlindungan sementara, serta langkah-langkah lain yang akan mengurangkan halangan berstruktur untuk keluar dari keadaan gelandangan.

Dr Harry Tan, penyiasat utama kajian IPS, berkata penyelidik memulakan kajian itu untuk menjawab soalan "mudah tetapi membingungkan" mengapa sesetengah gelandangan tidur di luar untuk tempoh yang begitu lama.
"Masalah gelandangan jangka panjang adalah cabaran utama bagi pemerintah, penyelidik, dan sukarelawan pendampingan di Singapura dan di seluruh dunia, dan isu-isu ini sering kompleks, berkembang merentasi pelbagai peringkat kehidupan.
"Walaupun dasar-dasar telah ditetapkan, menangani masalah gelandangan memerlukan usaha pemerintah, kumpulan masyarakat, dan masyarakat secara keseluruhan," kata Dr Tan.
APA PUNCA MASALAH GELANDANGAN JANGKA PANJANG?
Fasa pertama kajian itu dijalankan antara Ogos 2021 dan April 2022, yang bertepatan dengan kesan langsung pandemik COVID-19.
Ia melibatkan temu bual dengan 50 orang yang pernah menjadi gelandangan dan diterima masuk ke tempat perlindungan semasa pandemik.
Daripada jumlah berkenaan, 34 adalah individu dan 16 adalah keluarga.
Kebanyakan mereka lelaki, yag sudah bercerai atau berpisah, dan hampir semua adalah rakyat Singapura.
Semua responden dalam fasa pertama kajian itu didapati mengalami pelbagai tekanan, dengan lebih 50 peratus mengalami lima atau lebih tekanan dalam kehidupan mereka.
Lebih 30 peratus responden menyatakan kehilangan pendapatan, pendidikan rendah, konflik keluarga dan konflik perkahwinan sebagai cabaran utama.
Peserta yang berpisah, bercerai, atau mempunyai pasangan yang sudah meninggal dunia mengalami kira-kira lima jenis tekanan yang berbeza, berbanding dengan empat tekanan dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin atau bujang.
Keluarga ibu atau bapa tunggal mengalami jumlah tekanan yang paling tinggi. Kajian mendapati bahawa mereka mengalami purata tujuh tekanan, lebih tinggi daripada jenis keluarga lain.
Kajian mendapati bahawa semua jenis keluarga mengalami kehilangan pendapatan, pendidikan rendah, konflik keluarga, konflik perkahwinan, pengangguran dan mempunyai anak-anak yang bergantung kepada ibu bapa dari segi kewangan.
"Hanya keluarga ibu atau bapa tunggal mengalami tekanan kesihatan mental dan penderaan domestik, dan hanya keluarga rakyat Singapura yang utuh mengalami tekanan berkaitan kesihatan yang buruk dan penjagaan warga emas," menurut laporan itu.
Gelandangan jarang berlaku akibat satu tindakan atau peristiwa tunggal dalam kehidupan seseorang, tambah laporan itu.
Namun demikian, pengalaman pertama menjadi gelandangan bagi kebanyakan peserta adalah sama ada tidur di tempat awam, pada 49 peratus, atau penginapan tidak formal yang tidak stabil, pada 46 peratus.
Berdasarkan dinamik keluarga yang pelbagai dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang ditemu bual, IPS mengenal pasti beberapa laluan berbeza yang menunjukkan bagaimana seseorang boleh terjebak dalam masalah gelandangan jangka panjang.
Antara laluan itu termasuk keruntuhan hubungan suami isteri melalui perceraian atau perpisahan, serta penderaan pasangan.
Sesetengah peserta dalam kajian itu menjadi gelandangan secara serta-merta selepas perceraian atau perpisahan serta kekurangan sumber atau sokongan untuk mendapatkan perumahan alternatif. Daripada tujuh peserta dalam sampel, lima menjadi gelandangan sejak sebelum pandemik.
Mereka yang mengalami penderaan pasangan sering menjadi gelandangan berulang jika mereka terus tinggal bersama pasangan mereka.
CABARAN DAN SOKONGAN KELUAR DARI KEADAAN GELANDANGAN
Dalam dua fasa seterusnya kajian itu, yang dijalankan dari September 2022 hingga Mei 2024, penyelidik menjalankan temu bual dan pemerhatian dengan 41 peserta.
Mereka sama ada pernah mengalami, atau sedang mengalami, keadaan gelandangan selama sekurang-kurangnya setahun, atau sudah beberapa kali menjadi gelandangan, yang berjumlah sekurang-kurangnya setahun.
Daripada jumlah itu, 28 adalah individu dan 13 adalah keluarga.
Penyelidik mengenal pasti bagaimana pelbagai tekanan yang dialami oleh orang ramai dalam pelbagai peringkat kehidupan mereka boleh membawa kepada keadaan gelandangan.
Dapatan menunjukkan bahawa pada zaman kanak-kanak dan sehingga usia 20 tahun, faktor-faktor seperti membesar dalam isi rumah berpendapatan rendah, pencapaian pendidikan yang rendah, konflik keluarga dan kematian penjaga boleh meningkatkan risiko gelandangan.
Cabaran-cabaran tersebut didapati mendorong sesetengah individu menjadi gelandangan dari usia muda.
Kajian itu kemudian meneliti dua tipologi gelandangan - mereka yang menghabiskan kebanyakan masa tidur di tempat awam, dan mereka yang ditempatkan di tempat perlindungan sementara.
Kategori pertama gelandangan sering menghadapi cabaran memenuhi keperluan asas dan perlu menangani kesihatan fizikal dan mental yang buruk.
Kajian mendapati mereka terperangkap dalam "tingkah laku gelandangan", seperti minum arak dan meminta sedekah.
Bagi mereka yang tinggal di tempat perlindungan, kajian menarik perhatian kepada kesukaran untuk tinggal sebumbung dan isu keselamatan.
"Walau bagaimanapun, disebabkan sifat tidak stabil dan tidak mampan bagi penginapan tidak formal, dan kerana rangkaian sosial mereka sering rapuh atau terputus, mereka biasanya menghuni bagi tempoh yang singkat," menurut laporan itu.
Ini membawa kepada tindakan tidur di tempat awam atau pencarian bentuk perlindungan lain.
Kajian mendapati bahawa rangkaian perkhidmatan sosial, pekerjaan dan pilihan perumahan yang tersedia memainkan peranan penting dalam membantu gelandangan beralih ke perumahan jangka panjang.
Akses kepada maklumat yang mencukupi dan jelas yang disediakan oleh rangkaian perkhidmatan sosial, membantu peserta mencari flat sewa awam di bawah skim HDB.
Mendapat pekerjaan juga memberi peserta pendapatan tetap dan mengumpul wang simpanan peribadi mereka, yang seterusnya memberi mereka pilihan untuk menyewa di pasaran terbuka, atau memiliki rumah dalam beberapa kes.
CADANGAN DASAR
Walaupun sokongan diberikan kepada peserta untuk membantu mereka keluar dari keadaan gelandangan, kajian itu mencadangkan perubahan daripada campur tangan kepada pencegahan dalam penggubalan dasar gelandangan.
Ia mengemukakan tiga cadangan untuk dipertimbangkan.
Yang pertama ialah campur tangan awal untuk mencegah bermulanya masalah gelandangan dan mengenal pasti individu yang berisiko, manakala cadangan lain ialah untuk mengukuhkan penyelarasan rangkaian perkhidmatan sosial, pekerjaan dan perumahan untuk membantu gelandangan keluar dari keadaan mereka.
Cadangan terakhir ialah untuk meningkatkan tempat perlindungan bagi menggalak gelandangan untuk mendapatkan sokongan awal.
Ini boleh dicapai dengan meningkatkan kesedaran tentang apa yang disediakan untuk membantu orang gelandangan, dan menaik taraf reka bentuk tempat perlindungan, menurut IPS.
Usaha juga diperlukan untuk meningkatkan tenaga kerja tempat perlindungan, termasuk mengukuhkan latihan pengurusan konflik dan pengantaraan dalam kalangan kakitangan, tambah badan pemikir itu.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.