Masalah enjin mungkin punca kebakaran enijn pesawat Air China yang buat pendaratan cemas di SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Airline Secrets Exposed)
SINGAPURA: Masalah mekanikal pada enjin pesawat penerbangan Air China CA403 mungkin menyebabkan kebakaran sehingga ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada Ahad (10 Sep).
Menurut syarikat penerbangan itu, ia berdasarkan siasatan awal dan siasatan masih sedang dijalankan.
Dalam satu catatan di laman blog Weibo pada Isnin (11 Sep), Air China menyatakan bahawa anak kapalnya menangani insiden tersebut berdasarkan prosedur, dan para penumpang memberi kerjasama ketika dikeluarkan dari pesawat.
Pesawat yang membawa 146 penumpang dan sembilan anak kapal itu, membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 4.15 petang Ahad (10 Sep).
Rakaman video insiden itu menunjukkan penumpang menggelongsor keluar dari pintu kecemasan sedang api dilihat pada enjin kiri pesawat.
Sembilan penumpang mengalami kecederaan ringan disebabkan asap yang dihidu serta melecet ketika proses pemindahan, dedah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Salah satu landasan ditutup selama tiga jam akibat insiden tersebut, dan pesawat Air China itu dipindahkan sekitar pukul 6.00 petang.
"Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura sedang menyiasat insiden itu dan sudah menghubungi rakan sejawatannya di China yang akan membantu dalam siasatan," umum CAAS pada Ahad.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.