Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masalah 'berkaitan isyarat' di Laluan Circle punca kesesakan di beberapa stesen

Anggaran Waktu Membaca:
Masalah 'berkaitan isyarat' di Laluan Circle punca kesesakan di beberapa stesen

Penumpang di platform Laluan Circle stesen MRT Bishan semasa waktu sibuk pada 10 Mei 2022. (Gambar: Facebook/Adam Worlork)

SINGAPURA: Masalah "berkaitan sistem isyarat" di sepanjang Laluan Circle (CCL) menyebabkan kesesakan di beberapa stesen pada waktu sibuk sebelah pagi Selasa (10 Mei).

Rakaman video dan gambar yang tular di media sosial stesen MRT Bishan dan Serangoon di Laluan Circle sesak dengan penumpang. Kedua-dua stesen itu juga masing-masing merupakan stesen pertukaran MRT bagi laluan Utara-Selatan dan Timur Laut.

Penumpang berkongsi rakaman tersebut di media sosial, dengan salah seorang pengguna TikTok mendakwa orang ramai "jatuh seperti domino" akibat tangga bergerak yang sesak dengan penumpang.

Ada juga melaporkan mendengar pengumuman bahawa khidmat kereta api tertunda disebabkan satu "insiden".

Menurut satu rakaman video yang kongsi pengguna Twitter huizhen pula, tangga bergerak di stesen Bishan hanya bergerak naik. Penumpang yang ingin turun dari laluan Utara-Selatan ke Laluan Circle harus menggunakan tangga.

Pengendali SMRT memohon maaf atas kejadian pada pagi Selasa sambil menyatakan bahawa 'masalah berkaitan sistem isyarat' berlaku di sepanjang CCL yang menjejas pergerakan dua hala kereta api antara stesen Holland Village dengan Haw Par Villa.

"Masalah tersebut sudah dapat diselesaikan dalam masa lima minit dan khidmat kereta api disambung semula," kata Ketua Kereta api CCL SMRT, Ho Foo Sing, menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Ini menyebabkan masa menunggu lebih lama antara lima dengan 10 minit di sesetengah stesen."

Beliau menambah pengumuman dibuat di stesen-stesen dan kereta api untuk memaklumkan penumpang mengenai masa menunggu yang lebih lama, sementara kakitangan SMRT tambahan dikerah untuk membantu menguruskan kesesakan.

"Kami memohon maaf kepada penumpang atas gangguan perjalanan mereka semasa waktu sibuk," katanya.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan