Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos Zulkilfi gesa masyarakat buat penyesuaian tabiat untuk kekang COVID-19

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menekankan lagi tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam menangani cabaran penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menekankan lagi tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam menangani cabaran penularan COVID-19.

Sambil memuji semangat bersama masyarakat Melayu/Islam untuk mengatasi virus itu, beliau juga mengingatkan mereka perlu bersedia membuat penyesuaian bagi jangka masa yang panjang.

"Kita sebagai masyarakat Islam, bersama-samalah kita bertanggungjawab menjalankan beberapa penyesuaian dalam tabiat seharian kita. Ada yang sementara, ada yang harus kekal," ujar Encik Masagos.

"Kita amalkan tabiat-tabiat yang boleh mengekang penularan. Walaupun ada penyakit COVID-19, pastikan ia tidak menular hingga para jururawat dan doktor harus menjalani kerja mereka sehingga menjadi beban yang begitu besar," tambah beliau.

Encik Masagos berkata demikian di Majlis Maulidur Rasul yang berlangsung pada Sabtu malam (7 Mac).

Menteri itu mengingatkan para jemaah pentingnya masyarakat terus menjalani kehidupan sejajar dengan Irsyad yang dikeluarkan Pejabat Mufti sebelum ini.

Namun, tambah beliau, masyarakat boleh menyumbang lebih banyak termasuk dalam memupuk nilai muafakat antara kaum dan agama.

Majlis di Tampines itu, misalnya, turut disertai peserta berbilang kaum dan agama termasuk anggota Jawatankuasa Penduduk (RC) yang sama-sama mendengar perkongsian mantan Mufti Negara, Ustaz Dr Fatris Bakaram.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan