Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos Zulkifli pimpin delegasi S'pura ke UNFCCC

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli akan ke Katowice, Poland dari 11 hingga 15 Disember untuk menghadiri Persidangan Perubahan Iklim ke-24 (COP-24) di Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos Zulkifli pimpin delegasi S'pura ke UNFCCC

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

Diterbitkan : 09 Dec 2018 05:46PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 05:49PM

SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli akan ke Katowice, Poland dari 11 hingga 15 Disember untuk menghadiri Persidangan Perubahan Iklim ke-24 (COP-24) di Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitannya.

Dalam kenyataan media pada Ahad (9 Dis), Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) menyatakan bahawa semasa di COP-24, negara-negara dijangka memuktamadkan garis panduan untuk melaksanakan Perjanjian Paris yang dicapai pada Disember 2015.

Menurut kenyataan MEWR lagi, garis panduan akan memudahkan pelaksanaan Perjanjian Paris serta menggalakkan kesemua negara terlibat untuk memenuhi matlamat jangka panjang berhubung suhu Bumi yang dipersetujui.

Negara-negara anggota juga akan mengadakan Dialog Talanoa, yang merupakan usaha untuk membincangkan kemajuan yang dibuat secara kolektif berhubung matlamat Perjanjian Paris.

Menteri Masagos akan menyampaikan Kenyataan Negara dan menghadiri beberapa acara Peringkat Tinggi. Menurut MEWR, Encik Masagos juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak penting yang hadir.

Beliau akan diiringi para pegawai dari beberapa agensi dalam Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan