Masagos Zulkifli lawat Maghribi 24-29 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Masagos mengulas tentang Belanjawan 2022.
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli akan membuat lawatan ke Maghribi mulai 24 hingga 29 Jun 2024.
Beliau dijadualkan untuk bertemu beberapa pegawai di sana, termasuk Encik Andre Azoulay, Penasihat Kanan kepada Raja Maghribi Mohammed VI dan Dr Aawatif Hayar, Menteri Perpaduan, Integrasi Sosial dan Keluarga.
Encik Masagos akan menghadiri dan memberi ucapan di sesi Meja Bundar Menteri Sidang Puncak Pertama tentang Penjagaan Ekonomi & Perlindungan Sosial di Rabat, yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan, Integrasi Sosial dan Keluarga Maghribi, atas jemputan Dr Aawatif Hayar.
Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan penglibatan Singapura bersama institusi dan individu penting Maghribi, bagi kerjasama pada masa depan dalam bidang pengajian tinggi Islam dan industri halal.
Ketika ditanya BERITA Mediacorp mengenai hubungan pendidikan Islam yang sedia ada, MUIS menyatakan para cendikiawan Maghribi menghadiri Muktamar Fatwa di Singapura pada Februari lalu.
Ia akan memudahkan lagi penglibatan cendekiawan dari Maghribi di negara ini pada masa depan, tambah MUIS.
Encik Masagos juga akan menghadiri Forum Halal Maghribi ke-6 (FOHAM) di Casablanca, dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara MUIS dengan Institut
Piawaian Maghribi (IMANOR).
Dengan pemeteraian MOU tersebut, MUIS dan IMANOR kini mengiktiraf sijil dan logo halal satu sama lain.
Selain memudahkan perdagangan produk domestik bersijil halal antara Singapura dengan Maghribi, ia akan mempermudahkan perkongsian ilmu dalam bidang halal, tambah MUIS.
MOU itu adalah yang keempat buat MUIS, selepas menandatangani MOU sijil halal bersama Penguasa Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi (SFDA) dan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maju Amiriah Arab Bersatu (MOAIT) pada Oktober 2023, serta Pertubuhan Piawaian dan Meteorologi Jordan (JSMO) pada Januari 2024.
Encik Masagos akan ditemani Encik Kadir Maideen, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, serta para pegawai lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.