Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos Zulkifli lawat Indonesia bagi pertingkat kerjasama dua hala

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos Zulkifli lawat Indonesia bagi pertingkat kerjasama dua hala

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkilfli kini dalam rangka lawatan ke Jakarta dan Surabaya di Indonesia bagi mengukuhkan kerjasama dua hala serta membincangkan kerjasama masa hadapan antara kedua-dua negara.

Demikian menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan media hari ini (13 Mac).

Sepanjang lawatan empat hari sehingga Khamis (16 Mac), Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, akan bertemu dengan beberapa menteri Indonesia serta pemimpin wilayah.

Ini termasuk Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy, Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak I Gusti Ayu Bintang Darmawati, Menteri Sosial Tri Rismaharini, Pengerusi Lembaga Eksekutif Nahdlatul Ulama Yahya Cholil Staquf, Naib Gabenor Jawa Timur Emil Elestianto Dardak, Gabenor Surabaya Khofifah Indar Parawansa serta Wali Kota Surabaya Eri Cahyadi.

Selain mengadakan lawatan ke Kementetian Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Anak Indonesia, Encik Masagos juga akan mengunjungi Masjid Istiqlal, ruang awam bersepadu mesra kanak-kanak serta Pondok Pesantren Tebuireng.

Beliau diiringi oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Kadir Maideen serta para pegawai MSF dan MUIS.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan