Masagos zahir penghargaan kepada relawan, rakan kongsi dorong kejayaan acara Raikan Ilmu 2024
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli pada Rabu (7 Ogos) menzahirkan penghargaan beliau kepada 250 sukarelawan dan 40 rakan kongsi atas kejayaan acara Raikan Ilmu yang diadakan di kawasan kejiranan bulan lalu.
Ini memandangkan acara Raikan Ilmu 2024 yang dianjurkan di tiga kawasan kejiranan tahun ini - Tampines, Jurong dan Admiralty - mendapat sambutan memberangsangkan.
"MENDAKI menganjurkan acara tahunan Raikan Ilmu bulan lalu dengan penyertaan melebihi 90,000 peserta bagi lebih 80 kegiatan, peningkatan lebih 50 peratus berbanding tahun lalu, dengan hampir 58,000 peserta.

"Tahniah MENDAKI atas kejayaan Raikan Ilmu!" kongsi Encik Masagos menerusi catatan di laman Facebook.
Encik Masagos turut berkongsi mengenai dapatan daripada 'Kajian Aspirasi Belia Islam' yang dikeluarkan di Simposium MENDAKI.
Menurutnya, kajian tersebut mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk aspirasi belia Islam Singapura dan cara untuk menyokong matlamat akademik dan kerjaya mereka.
"Kajian tersebut sangat sesuai untuk memahami pelbagai keperluan dan aspirasi belia Islam Singapura, dan bagaimana MENDAKI, serta badan-badan Melayu/Islam dan rangkaian M3, boleh memainkan peranan dalam menyokong pembangunan mereka," jelas Encik Masagos.
Di acara #MakingConnections pula, 16 karyawan yang mewakili sembilan sektor industri berkembang dilantik sebagai ketua dan penolong ketua rangkaian Rangkaian Karyawan Yayasan MENDAKI.
Mereka dilantik untuk memimpin projek-projek kesan sosial, melibatkan para karyawan baharu, dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk meneroka kerjaya dalam bidang-bidang tersebut.
"Ini adalah perkembangan memberangsangkan sejajar dengan usaha MENDAKI untuk menyokong mereka yang memegang jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dalam masyarakat Melayu/Islam yang semakin bertambah, serta bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan MENDAKI untuk menabur bakti kepada masyarakat.
"Marilah kita sama-sama melakar masa depan yang lebih cerah untuk Masyarakat Gemilang kita!" tambahnya di laman Facebook.
Pameran yang berlangsung di Kampung Admiralty di Woodlands pada 27 dan 28 Julai menutup tirai kempen Raikan Ilmu yang berlangsung selama sebulan.
Antara program-program kempen Raikan Ilmu yang dilancarkan pada 29 Jun termasuk program seperti yang berkaitan kecerdasan buatan (AI), peraduan robotik, seni kraftangan, serta peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan.
Salah satu astaka yang menjadi tumpuan ramai adalah studio mini BERITA Mediacorp.
Para pengunjung berbilang usia dan kaum juga teruja dapat mencuba bakat menyampaikan di bawah bimbingan para penyampai BERITA seperti Izwan Ohtman dan Nursha Ismail.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.