Masagos seru rakyat SG kekal bersatu & sokong satu sama lain di tengah konflik Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bantuan kemanusiaan Singapura untuk Gaza disentuh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam satu catatan di Facebook.
Beliau menyeru rakyat Singapura agar kekal bersatu padu dan menyokong satu sama lain dalam mengikuti perkembangan konflik itu.

Encik Masagos menyertai lebih 200 anggota masyarakat Melayu/Islam dalam sesi dialog anjuran M³ berhubung situasi di Gaza pada Jumaat malam (10 Nov).
Turut hadir Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim dan AP Zhulkarnain Abdul Rahim.
Sesi dialog tersebut bertujuan mendengar pandangan dan keprihatinan masyarakat mengenai krisis kemanusiaan di Gaza, selain gesaan untuk saling menyokong kesejahteraan keluarga dan rakan-rakan dalam waktu sukar ini.
Turut disentuh, pelbagai usaha yang dilakukan Singapura bagi meringankan penderitaan yang menimpa ekoran konflik yang tercetus.
Ramai yang hadir tampil berkongsi pandangan secara terbuka.
Tambah Encik Masagos, lebih banyak sesi sedemikian bakal dianjurkan bagi mendengar pandangan, keprihatinan serta saranan para anggota masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/IA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.