Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos sanjung sumbangan Almarhum Ustaz Ali kepada masyarakat dan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos sanjung sumbangan Almarhum Ustaz Ali kepada masyarakat dan negara

Presiden Emeritus Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Ali Hj Mohamed. (Gambar: Laman RRG)

SINGAPURA: Semangat menyumbang kepada masyarakat adalah kunci kemajuan dan kejayaan bersama.

Demikian kata Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli semasa ucapannya dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat (28 Apr).

"Ramai yang telah tampil berkhidmat kepada masyarakat, memberi inspirasi dan menyantuni individu-individu untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dan keluarga mereka. Sumbangan-sumbangan para individu yang mencurah bakti telah membawa kita ke tahap kemajuan yang kita nikmati hari ini dan mendorong kita untuk terus menyumbang kepada negara," kata Encik Masagos.

Dalam ucapannya, Encik Masagos turut menyebut nama Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed yang telah memainkan peranan penting dalam menyemai semangat kewarganegaraan bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam tetapi masyarakat Singapura yang lebih luas.

Ini menerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang diasasakannya, termasuk memimpin Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan sebagai anggota mapan Jawatankuasa Fatwa.

Encik Masagos berharap bahawa semangat itu dapat dicontohi oleh para relawan lain dalam masyarakat.

"Perjuangan Allahyarham dalam menggalak sikap bertolak ansur dan persefahaman antara agama dan masyarakat berbilang kaum jelas terserlah melalui kepimpinan beliau sebagai pengerusi Masjid Khadijah selama lebih 30 tahun.

"Saya harap para sukarelawan kita akan terus menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk tampil menyertai usaha-usaha murni mereka," kata Encik Masagos.

PROGRAM-PROGRAM M³ MASIH PERLUKAN RELAWAN

Encik Masagos menyeru masyarakat untuk tampil menghulurkan masa dan tenaga kepada usaha-usaha membangunkan Masyarakat Gemilang.

Antaranya dengan menyokong inisiatif M³ sekarang yang masih memerlukan lebih ramai relawan.

"Project Dian@M3 yang kini diselenggarakan oleh 35 sukarelawan, memerlukan lagi 120 sukarelawan untuk mendampingi lagi 500 keluarga. KelasMateMatika@M3 pula memerlukan lagi 50 pemudah cara untuk mengendalikan lebih banyak sesi KMM. Program-program pementoran kami juga akan diperluaskan dan lagi
200 mentor diperlukan," ujar Encik Masagos.

Berucap kepada seramai 500 tetamu di majlis itu, Encik Masagos turut menambah: "Saya menyeru mereka sama-sama memikirkan bagaimana untuk melanjutkan lagi usaha dan pengalaman mereka supaya dapat memanfaatkan semua lapisan masyarakat tidak kita bangsa, bahasa atau agama - sama seperti Ustaz Ali yang memberikan sumbangan bermakna kepada keamanan negara melalui ilmu dan pengalaman beliau sebagai pemimpin agama kita," jelasnya.

Pada awal acara, Encik Masagos, bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Teo Chee Hean sempat beramah mesra dengan beberapa individu cemerlang.

Mereka telah menyumbang masa dan tenaga sebagai relawan kepada program-program M³ seperti Projek Dian, Skim Tuisyen Mendaki dan sebagainya.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan