Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos: S'pura ambil pendekatan pragmatik bagi pembangunan mampan

Menyampaikan kenyataan negara, Encik Masagos menekankan tiga perkara yang penting bagi pendekatan pembangunan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos: S'pura ambil pendekatan pragmatik bagi pembangunan mampan

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli menyampaikan kenyataan negara di Forum Politik Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Mampan (HLPF). (Gambar: MEWR)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 03:16PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 03:33PM

SINGAPURA: Singapura mengambil pendekatan yang pragmatik terhadap penggubalan dasar, memberi fokus kepada kesan dan bukan ideologi, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli hari ini (18 Jul).

Bercakap di New York di Forum Politik Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Mampan (HLPF), Encik Masagos berkata Singapura "sentiasa mendahulukan rakyatnya" dari segi dasar-dasar pembangunan.

"Singapura sentiasa mementingkan rakyatnya dahulu semasa penggubalan dasar-dasar pembangunan," kata beliau. "Transformasi ekonomi kami menceritakan tentang peningkatan kehidupan rakyat kami dengan pendidikan, kesihatan, perumahan dan pekerjaan yang baik serta persekitaran yang bersih."

"Kami mengambil pendekatan pragmatik mengenai penggubalan dasar dan urustadbir, memberi fokus kepada kesan, bukan ideologi, bagi memupuk masyarakat yang harmoni, inklusif dan makmur."

HLPF adalah forum global untuk menyediakan kempimpinan politik, panduan dan saranan bagi pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 - satu komitmen untuk menghapuskan kemiskinan dan mencapai pembangunan mampan sejagat menjelang 2030 di serata dunia - dan 17 matlamat pembangunan mampan.

Menyampaikan kenyataan negara, Encik Masagos menekankan tiga perkara yang penting bagi pendekatan pembangunan Singapura.

Ini termasuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan persekitaran dan penyertaan sosial kata menteri itu, sambil memberi contoh cukai karbon.

"Tahun ini, kami memilih untuk melaksanakan cukai karbon seluruh ekonomi tanpa pengecualian bermula 2019," beliau berkata. "Ini akan mempercepat inovasi dan kecekapan tenaga, membawa ekonomi dan masyarakat kami ke arah masa depan yang rendah karbon dan mampan."

Kedua, Singapura mengambil "pendekatan jangka masa panjang dan bersepadu terhadap perancangan dasar dan pelaksanaannya," katanya.

Beliau memberi contoh keperluan air yang mana Singapura "bekerja keras dan membuat pelaburan besar" bagi memastikan kebingkasan dan kemampanan air.

Selain itu, penggubalan dasar Singapura dan pelaksanaannya dikukuhkan oleh "perkongsian pelbagai pihak berkepentingan kolaboratif", kata Encik Masagos, yang menambah bahawa pemerintah sahaja tidak mampu menguruskan masalah perubahan iklim dan kemampanan.

Menyentuh tentang Tahun Tindakan Iklim 2018 di Singapura, Encik Masagos berkata dalam masa enam bulan, hampir seperempat juta warga Singapura, syarikat dan pertubuhan masyarakat sivil berikrar mengambil tindakan iklim bagi mengurangkan karbon.

Encik Masagos juga menekenkan komtimen Singapura untuk berganding bahu dan membantu negara-negara lain.

"Matlamat-matlamat Agenda 2030 merupakan aspirasi kolektif masyarakat sejagat," beliau berkata. "Cita-cita mereka yang belum tercapai dan skala itu memerlukan komitmen kami sepenuhnya."

"Singapura akan terus bekerja dengan rakan-rakan dan rakan perkongsian kami bagi membantu meningkatkan kehidupan orang-orang di seluruh dunia dalam usaha murni ini."

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan