Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos puji usaha MHC dekati masyarakat sepanjang COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli memuji Taman Warisan Melayu (MHC) di atas usahanya untuk terus mendekati masyarakat sepanjang dua tahun lalu dalam suasana pandemik.

Ini termasuk menghasilkan pelbagai aktiviti dalam talian yang menampilkan makanan, fesyen, budaya dan seni persembahan masyarakat Melayu/Islam tempatan bagi memeriahkan suasana perayaan dan menyatukan rakyat Singapura dalam alam digital.

Encik Masagos berkata demikian semasa melancarkan acara #LastKopekRayaFest di MHC pada Jumaat (27 Mei).

MHC, kata beliau, turut bergabung dengan para peniaga dalam kawasan sekitar untuk menjalankan usaha-usaha murni demi berbakti semula kepada masyarakat.

"MHC bekerjasama dengan butik Ratianah di Kampong Gelam untuk mengagihkan pelitup muka batik kepada kanak-kanak. Mereka juga bekerjasama dengan pertubuhan lain untuk mengumpulkan pek penjagaan Hari Raya dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan," kata Encik Masagos.

MHC

Tambahnya, MHC terus aktif mendampingi masyarakat dan menghidupkan semangat kemasyarakatan menerusi program dan inisiatif pendampingan walaupun semasa tempoh COVID-19 yang mencabar."

RUMAH TERBUKA "TERAKHIR" SEBELUM MHC JALANI PENGUBAHSUAIAN

Acara rumah terbuka #LastKopekRayaFest adalah acara berskala besar terakhir yang diadakan sebelum MHC ditutup bagi menjalani pengubahsuaian akhir tahun ini.

Para pengunjung antara lain boleh menikmati persembahan dari kumpulan hadrah Firqatul Wannazam, para penari DIAN Dancers, dan Nobat Kota Singa yang menghiburkan tetamu dengan irama keroncong jazz lagu-lagu klasik dan Hari Raya.

Encik Masagos untuk menggalak orang ramai untuk melawat beberapa pameran yang diadakan seperti pameran Cerita yang memaparkan kisah kekayaan masyarakat di Kepulauan Melayu dan pameran 'Se-Nusantara' yang dianjurkan MHC sejak 2012.

Pameran sedemikian kata Encik Masagos memberi peluang untuk mempamerkan kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Melayu di Singapura.

"Kerjasama sedemikian penting dalam perkongsian sejarah dan budaya masyarakat Melayu yang kaya kepada masyarakat Singapura yang lebih luas, dan juga menyumbang kepada usaha mengukuhkan masyarakat," ujar Encik Masagos.

HIASAN LAMPU DI MHC PENUH BERMAKNA

Encik Masagos turut menarik perhatian sebuah hiasan lampu diberi nama 'Rainbow Connection' yang direka bersama seniman tempatan, Lee Yun Qin bersama penerima bantuan Brighton Connection.

MHC

Ia juga diperbuat daripada 500 acuan kuih dan lampu solar yang setiap satu direka dan dilukis dengan tangan.

Orang ramai boleh melihat hiasan tersebut di MHC sehingga Ahad, 29 Mei.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan