Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos puji kesungguhan pelajar S'pura di Mesir sumbang pada masyarakat dan negara

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa bangga terhadap keghairahan dan kesungguhan para pelajar rakyat Singapura yang mahu menyumbang kepada kemajuan masyarakat Melayu/Islam dan negara.

Anggaran Waktu Membaca:

KAHERAH, MESIR: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melahirkan rasa bangga terhadap keghairahan dan kesungguhan para pelajar rakyat Singapura yang mahu menyumbang kepada kemajuan masyarakat Melayu/Islam dan negara.

Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian menerusi satu catatan di laman Facebooknya hari ini (11 Mac). Beliau kini berada di Kaherah, Mesir dalam rangka lawatan selama empat hari ke Mesir dan Jordan, dari 10 hingga 13 Mac.

"Saya bangga mendengar keghairahan mereka tentang perkembangan di Singapura dan ketulusan mereka mahu menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara," katanya.

Ini adalah kali pertama sesi perbincangan seumpama itu diadakan, sejak beliau mengumumkan mengenai pembentukan Jawatankuasa Asatiza Masa Depan (COFA) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Jumaat (8 Mac).

Menurut Encik Masagos, lawatannya ke Mesir dan Jordan merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh bagi membangunkan dan memperkukuhkan golongan asatizah rakyat Singapura.

Mengulas mengenai perbincangan yang diadakan dengan para pelajar berkenaan, beliau berkata: "Kami turut membincangkan tentang pentingnya bagi asatizah masa depan untuk memiliki kemahiran dan kecekapan yang relevan demi membimbing masyarakat dalam dunia kontemporari."

Semasa di Kaherah, Encik Masagos juga mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Allam, dan Imam Besar Universiti Al-Azhar, Sheikh Ahmed Al-Tayyeb.

Encik Masagos dijadual melakukan lawatan ke Amman, di mana beliau akan mengunjungi Universiti Jordan (UJ). Encik Masagos turut mengalu-alukan perbincangan COFA seterusnya bersama para pelajar rakyat Singapura di sana.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan