Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos puji kerjasama aktif 4PM dengan M³ & MMO, teroka perkongsian baru

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura Masagos Zulkifli memuji Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) yang bekerjasama "secara aktif" dengan gerakan M³ dan badan-badan Melayu/Islam setempat yang lain, selain meneroka peluang kerjasama yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos puji kerjasama aktif 4PM dengan M³ & MMO, teroka perkongsian baru

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 02:31PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 02:34PM

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura Masagos Zulkifli memuji Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) yang bekerjasama "secara aktif" dengan gerakan M³ dan badan-badan Melayu/Islam setempat yang lain, selain meneroka peluang kerjasama yang lain.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan di Facebook hari ini (20 Nov) mengenai usaha jawatankuasa 4PM, yang disifatkan sebagai "salah satu Jawatankuasa Pengurusan termuda" yang pernah beliau temui.

Encik Masagos mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengurusan baru 4PM pada hujung minggu lalu.

Usia muda mereka bagaimanapun tidak menjadi penghalang untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi.

"Mereka sungguh berdedikasi dalam membangunkan, membimbing dan melengkapkan belia-belia kita," puji Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan.

Semasa sesi itu, 4PM juga berkongsi hala tuju dan rancangan mereka untuk melangkah ke hadapan.

"Saya berbesar hati mendapat tahu bahawa mereka secara aktif bekerjasama dengan M³ dan MMO lain dan meneroka perkongsian baru," kata Encik Masagos.

Pertemuan yang diadakan pada hujung minggu lalu itu turut dihadiri beberapa pemimpin masyarakat Melayu/Islam setempat - Datuk Bandar Daerah Tenggara Fahmi Aliman, Anggota Parlimen Dr Wan Rizal dan Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI, Zuraidah Abdullah.

Dalam pada itu, Encik Masagos menekankan peranan penting yang dimainkan golongan belia dalam memartabatkan masyarakat dan memimpin masa hadapan.

"Saya yakin dengan sokongan semua, kita boleh terus mencapai wawasan kita sebagai sebuah Masyarakat Gemilang," tulis beliau lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan