Masagos: Nyamuk Aedes berkurangan 70% di tapak Tampines ini
Kes-kes denggi di Singapura melonjak sebanyak 20 peratus di Singapura daripada tahun 2017 hingga 2018.

(Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)
SINGAPURA: Kes-kes denggi di Singapura melonjak sebanyak 20 peratus di Singapura daripada tahun 2017 hingga 2018.
Menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli, pelbagai cara inovatif sedang diteroka untuk mengawal pembiakan nyamuk-nyamuk Aedes yang menyebabkan penularan Denggi dan Zika.
Kajian Fasa 2 Projek Wolbachia yang dijalankan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan hasil yang menggalakkan. Di tapak kajian kawasan Tampines Barat, jumlah nyamuk Aedes aegypti dikurangkan sebanyak 70 peratus.
Menurut Encik Masagos, projek itu sudah melangkah ke fasa ketiga. Di fasa ini, beberapa peralatan baru direka oleh syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menyokong dan memperbaiki kecekapan projek. Ini termasuk sebuah alat pengangkut automatik yang dicipta oleh Verily, sebuah anak syarikat Google, untuk melepaskan nyamuk-nyamuk jantan Wolbachia di sebuah tapak kajian di Tampines West.
Teknologi-teknologi inovatif itu diharapkan bukan saja dapat memanfaatkan kesihatan awam tetapi juga membangunkan peluang-peluang kajian dan ekonomi juga.
Encik Masagos juga meluahkan penghargaan kepada para penduduk dan pihak-pihak yang terlibat kerana menyokong projek itu. Beliau juga menambah bahawa walaupun terdapat hasil yang menggalakkan daripada kajian itu, kewaspadaan yang berterusan terhadap tempat-tempat pembiakan masih penting dalam memerangi denggi.
Sehubungan itu, para pengkaji NEA akan menentukan jika mereka boleh mengurangkan jumlah nyamuk-nyamuk jantan Wolbachia yang dilepaskan di setiap blok untuk mengawal jumlah nyamuk Aedes aegypti di kawasan bandar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.