Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos nasihat bakal jemaah segera maklumkan keputusan jika ditawar tempat tambahan bagi Haji 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2022 06:51PM Dikemas Kini : 20 Jun 2022 10:37PM
SINGAPURA: Berikutan pengumuman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (20 Jun) bahawa Singapura ditawarkan tambahan tempat bagi musim haji tahun ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, menasihatkan bakal jemaah yang ditawarkan tempat supaya segera maklumkan keputusan mereka.

Demikian menurut Encik Masagos melalui catatan Facebook yang dimuat naik hari ini.
Encik Masagos menyatakan bahawa MUIS akan menghubungi bakal jemaah dalam masa beberapa hari akan datang untuk memberikan surat tawaran.

"Memandangkan waktu yang sangat singkat, saya harap mereka yang terpilih akan segera memberitahu MUIS keputusan anda kerana MUIS perlu waktu secukupnya untuk semua urusan termasuk memproses visa," tulis beliau.

Encik Masagos turut menzahirkan rasa syukur kerana kerajaan Arab Saudi memperuntukkan tambahan kuota tersebut buat rakyat Singapura.

"Ini tambahan kepada 407 tempat yang telah diumumkan secara rasmi April lalu.

"Saya gembira kerana lebih ramai jemaah Singapura akan berpeluang untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima tidak lama lagi," tambah beliau.

Beliau turut memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi atas berita gembira itu.

"Sebagai ketua delegasi Haji Singapura tahun ini, saya akan terus berdoa agar para jemaah yang telah diundang ke Tanah Suci tahun ini sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan dan dapat berangkat dengan lancar dan selamat," kata Encik Masagos.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan