Skip to main content

Singapura

Masagos lawat Maghribi, Turki untuk bertemu para menteri, sarjana Islam

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos lawat Maghribi, Turki untuk bertemu para menteri, sarjana Islam

Encik Masagos ke Arab Saudi, bincang urusan Haji 2023

Diterbitkan : 27 Oct 2022 05:41PM
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli akan mengadakan lawatan ke Maghribi dan Turki dari esok (28 Okt) hingga 5 November.

Beliau mengetuai delegasi Singapura untuk bertemu para menteri, pegawai kanan dan cendekiawan Islam dari kedua-dua negara.

Encik Masagos akan bertemu Penasihat Kanan Raja Mohamed VI dari Maghribi, Andre Azoulay, Menteri Wakaf dan Ehwal Islam Maghribi Ahmed Toufiiq dan rakan-rakan sejawatan yang lain.

Menyusuli Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang pada bulan lalu, Encik Masagos juga akan bertemu para sarjana Islam dari Maghribi dan Turki bagi Program Kajian MUIS dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang (RPCS) untuk membangunkan kerangka keilmuan baru sebagai panduan untuk masyarakat Islam minoriti dalam masyarakat yang rencam dan sekular.

Encik Masagos juga akan bertemu dengan para pelajar Singapura di Fez, Maghribi.

Beliau akan diiringi Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen dan para pegawai lain.
Sumber : BERITA Mediacorp/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita