Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos lakukan lawatan kerja 3 hari ke KL, dijadual bertemu 4 Menteri M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Masagos Zulkifli akan melakukan lawatan kerja ke Kuala Lumpur mulai esok hingga Sabtu ini (3-5 Feb). 

Ia merupakan lawatan kerja pertama Encik Masagos ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada Julai 2020.

Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dijadual bertemu dengan empat orang Menteri Malaysia, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau juga akan bertemu Menteri Alam Sekitar dan Air yang merupakan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, serta Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid.

Ketika BERITAmediacorp menghubungi MSF untuk mendapatkan agenda perbincangan Encik Masagos semasa berada di Malaysia, kementerian itu tidak dapat memberikan lebih banyak perincian buat masa ini.

Encik Masagos bagaimanapun turut dijadual bertemu dengan Penasihat Keagamaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Encik Jamil Khir Baharom. 

Encik Masagos kali terakhir membuat lawatan kerja ke luar negara semasa menghadiri Persidangan Kementerian G20 mengenai pemerkasaan wanita di Itali, Ogos lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa