Masagos lakukan lawatan kerja 3 hari ke Brunei
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli akan melakukan lawatan kerja ke Bandar Seri Begawan, Megara Brunei Darussalam dari 10 hingga 12 Jun untuk mengesahkan hubungan dua hala kukuh yang terjalin antara kedua-dua negara.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Jumaat (10 Jun).
Encik Masagos yang juga merupakan Menteri Kedua Kesihatan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam akan bertemu dengan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta Putera Mahkota merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Haji Al-Muhtadee Billah.
Encik Masagos juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Ehwal Keagamaan Ustaz Haji Awang Badaruddin serta Menteri Budaya, Belia dan Sukan Haji Nazmi Mohamad serta Mufti Negara Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned.
Encik Masagos akan diiringi pegawai dari MSF dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.