Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos ke Arab Saudi, bincang urusan Haji 2023

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli akan melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi dan Mesir dari 9 Januari hingga 15 Januari.

Dari 9 hingga 12 Januari, beliau akan berada di Arab Saudi bagi mengetuai delegasi Singapura di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah.

Encik Masagos akan bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah untuk membincangkan perihal berkenaan musim Haji akan datang pada Jun 2023.

Tahun lalu, Singapura mendapat kuota sebanyak 900 tempat untuk Haji. Ini selepas diberi penambahan pada saat-saat akhir, daripada 407 pada awalnya.

Permohonan tunaikan haji bagi warga asing yang menetap di Arab Saudi sudah pun dibuka.

Di Riyadh pula, Encik Masagos akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial, Ahmed Sulaiman Al Rajhi.

Menyusuli lawatan ke Arab Saudi, beliau dan delegasinya akan melawat Mesir pula daripada 13 hingga 15 Januari.

Di kedua-dua negara tersebut, Encik Masagos juga akan bertemu dengan para ulama untuk meneroka dan memperkukuh kerjasama bagi menyokong Program Kajian dalam Penyelidikan Masyarakat Islam Gemilang dan Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).

Beliau juga akan berjumpa dengan para pelajar Singapura yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di Madinah dan Kaherah.

Encik Masagos akan diiringi Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen dan para pegawai lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan