Masagos jelaskan mengapa tiada rayuan diterima bagi ibadah haji tahun ini
Ini memandangkan MUIS perlu memastikan peruntukan tempat yang diberikan tepat pada masanya, disebabkan tempat yang terhad serta kesuntukan waktu.
Anggaran Waktu Membaca:

Jemaah haji Singapura 2022. (Gambar fail: MUIS/Facebook)
BERITAmediacorp: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat menerima sebarang rayuan bagi ibadah haji tahun ini.
Ini memandangkan MUIS perlu memastikan peruntukan tempat yang diberikan tepat pada masanya, disebabkan tempat yang terhad serta kesuntukan waktu.
Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam jawapan bertulis beliau kepada soalan Dr Wan Rizal mengenai urusan haji yang diajukan di Parlimen.
Bagaimanapun, kata Encik Masagos, semua jemaah lain yang tersenarai dalam Sistem Pendaftaran Awal Haji secara automatik akan dinaikkan dalam senarai bagi menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun akan datang.
Kelayakan jemaah untuk menunaikan haji juga terus bergantung kepada syarat dan tuntutan, yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, menurut Encik Masagos.
BERI TEMPAT KEPADA JEMAAH YANG SEHARUSNYA TUNAI HAJI PADA 2020
Apabila ditanya bagaimana MUIS memberikan tempat haji kepada para jemaah, Encik Masagos menerangkan, MUIS memberi tempat kepada para jemaah yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun 2020 dan memenuhi syarat dan tuntutan bagi haji 2022.
"MUIS memberi tempat kepada jemaah berdasarkan tarikh pendaftaran haji mereka," jelas Encik Masagos.
Namun demikian, tiada pengecualian boleh diberikan kepada mereka yang berusia 65 tahun pada tahun ini, dedah beliau.
Ini selaras dengan had usia yang ditetapkan Arab Saudi yang mensyaratkan jemaah haji tahun ini mestilah berusia bawah 65 tahun, jelas Encik Masagos.
HAJI DIBUKA KEPADA SEJUTA JEMAAH TAHUN INI
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan haji tahun ini dibuka kepada sejuta jemaah, yang merangkumi 850,000 jemaah antarabangsa.
Singapura diberikan kuota 900 tempat selepas diberi penambahan pada Jun 2022, naik dari 407 pada awalnya.
Kuota 900 itu sekali gus menjadikannya serupa dengan kuota yang diberikan semasa musim haji sebelum pandemik.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.