Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos gesa Pusat Khidmat Keluarga penuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik lagi, kukuhkan amalan kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2023 08:35PM Dikemas Kini : 19 May 2023 09:34PM
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menggesa pusat-pusat perkhidmatan keluarga (FSC) untuk terus bekerjasama dan mengukuhkan amalan kerja masing-masing.

Ini menurut beliau, akan memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik lagi.

Encik Masagos menambah pemerintah juga akan meneruskan usaha untuk menyokong mereka dalam sektor khidmat sosial dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian di satu inisiatif akar umbi yang pertama, diberi nama 'We are FSC' di Tampines.

48 FSC berkumpul pada Jumaat (19 Mei) untuk meraikan kerja mereka selain membincangkan cara-cara lebih baik untuk meningkatkan keluarga-keluarga yang memerlukan.

Ini termasuk membantu keluarga mencapai kestabilan, berdikari serta mobiliti sosial.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan