Masagos galak kerjasama karyawan perubatan, rakan masyarakat perkukuh tahap kesihatan penduduk
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Langkah membuat kawan baharu hinggalah kepada mendampingi masyarakat.
Aspek-aspek sosial itu, kata Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli, boleh membantu Singapura mengukuhkan tahap kesihatan penduduknya.
Encik Masagos berkata demikian semasa satu persidangan yang meneroka bagaimana karyawan-karyawan perubatan boleh bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat demi memastikan kehidupan yang lebih sihat.
Teknologi, tambah beliau, penting dalam usaha membantu para penduduk mengamalkan huraian sedemikian.
Misalnya, Cabaran Langkah Kebangsaan yang menjadikan kegiatan fizikal lebih menyeronokkan di samping membolehkan peserta menghasilkan data kesihatan peribadi menerusi alat pengesan kecergasan.
Encik Masagos turut berkata, pemerintah sedang menimbang untuk memanfaatkan teknologi demi menjadikan penggalakan kesihatan lebih peribadi.
Menurut Encik Masagos, semakin terdapat pasukan-pasukan silang disiplin di hospital dan penyedia penjagaan kesihatan.
"Kita perlu menggabungkan pandangan daripada pelbagai bidang untuk menghasilkan huraian-huraian yang boleh digunakan ke atas seluruh penduduk dan memperkasakan individu untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik," jelas Encik Masagos.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.