Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos bertemu penuntut S'pura di Riyadh; iktiraf peranan penting asatizah bimbing masyarakat

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengadakan pertemuan dengan beberapa penuntut Singapura di Arab Saudi dalam majlis jamuan pada Isnin malam (28 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos bertemu penuntut S'pura di Riyadh; iktiraf peranan penting asatizah bimbing masyarakat

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengadakan pertemuan dengan beberapa penuntut Singapura di Arab Saudi dalam majlis jamuan pada Isnin malam (28 Mac).

Encik Masagos kini berada di Arab Saudi bagi lawatan kerja untuk mengadakan perbincangan tentang urusan haji Singapura.

Menurut Encik Masagos, setiap kali beliau lakukan lawatan ke Timur Tengah, beliau akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan para pelajar Singapura yang menuntut di institut pengajian tinggi di sana.

Semasa pertemuan itu, Encik Masagos mengiktiraf peranan penting golongan asatizah sebagai "aset berharga bagi masyarakat" dan dalam membimbing masyarakat di negara sekular seperti Singapura.

"Dalam sebuah negara yang rencam dan berbentuk sekular seperti Singapura, asatizah kita memainkan peranan penting dalam membimbing dan memberikan nilai-nilai murni yang dapat memperkukuh masyarakat kita supaya kita mampu untuk terus menjadi masyarakat minoriti Islam contoh seperti sekarang ini," menurut Encik Masagos dalam catatan Facebook hari ini (29 Mac).

Encik Masagos dan para pelajar juga saling berkongsi pandangan tentang beberapa topik mengenai masyarakat Muslim dan Singapura, golongan asatizah serta dasar-dasar Pemerintah.
 

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Sehubungan itu, Encik Masagos turut menggalakkan para pelajar tersebut supaya terus membaca dan mengadakan perbincangan secara meluas, selain memanfaatkan pelbagai sokongan yang ditawarkan kepada golongan asatizah di Singapura seperti Program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).

"Saya juga panjatkan doa agar mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing dan saya mengalu-alukan sumbangan mereka sebagai asatizah kita suatu hari nanti, InsyaAllah," kata Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa