Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos bertemu Menteri Malaysia, bincang visi memperkasa, meningkatkan masyarakat

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Malaysia dalam rangka lawatan kerja tiga harinya ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos bertemu Menteri Malaysia, bincang visi memperkasa, meningkatkan masyarakat

Encik Masagos bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. (Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Malaysia dalam rangka lawatan kerja tiga harinya ke Kuala Lumpur, Malaysia.

"Saya gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk meneruskan usaha bagi memperbaharui hubungan dua hala serta mengikuti perkembangan terkini di antara kedua-dua negara kita, termasuk hal penyambungan semula perjalanan VTL," kata Encik Masagos dalam catatan Facebook pada Jumaat (4 Feb).

Dalam pertemuan beliau pada Khamis (3 Feb)
dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid, kedua-dua pemimpin berkongsi visi yang sama untuk membantu keluarga yang memerlukan.

"Walaupun kami mungkin menghadapi cabaran yang berbeza dalam persekitaran luar bandar dan bandar, kami berkongsi visi yang sama memperkasa dan memperkukuh keluarga yang memerlukan dalam masyarakat masing-masing.

"Cara penyelesaian kami berfokus untuk mewujudkan peluang bagi semua lapisan masyarakat," ujar Encik Masagos.

Selain itu, Encik Masagos juga bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Semasa pertemuannya dengan Encik Jamil Khir Baharom yang merupakan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, mereka berbincang tentang bagaimana untuk meningkatkan masyarakat masing-masing.

Encik Masagos berkata beliau amat berterima kasih atas sambutan hangat, serta keramahan yang diberikan kepada rombongan Singapura.

"Cukup mesra, mencerminkan keakraban kedua-dua negara kita.

"Saya mengalu-alukan pertemuan seterusnya dengan teman-teman saya dalam agenda lawatan ini," kata Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan