Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos beri penghargaan kepada SGTB, Kumpulan Kerja COVID Melayu/Islam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menzahirkan penghargaannya kepada Pasukan Bertindak SG Teguh Bersatu (SGTB) dan Kumpulan Kerja COVID Melayu/Islam kerana dianugerahi Sijil Kepujian Presiden bagi COVID-19.

Kedua-dua pasukan tersebut adalah antara lebih 480 pasukan dalam sektor awam, privet serta masyarakat yang dijangka menerima Sijil Kepujian Presiden, bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada perjuangan Singapura melawan pandemik COVID-19.

Selain anugerah di peringkat pasukan, lebih 100,000 individu turut akan menerima anugerah atas jasa mereka dalam membantu negara ini mengharungi cabaran COVID-19.

Dua anugerah yang diberikan di peringkat individu termasuk - Anugerah Kebangsaan (COVID-19), serta Pingat Daya Tahan COVID-19 dan Sijil Daya Tahan COVID-19.
Dalam catatan di Facebook pada Khamis, Encik Masagos berkata, SGTB sudah memanfaatkan rangkaian dan kepakaran agensi-agensi M³ dan berbilang Pertubuhan Melayu/Islam, serta rakan-rakan seperti NTUC.
Sementara itu, Kumpulan Kerja COVID Melayu/Islam menggembleng kemahiran asatizah dan pakar-pakar perubatan dari Persatuan Karyawan Jagaan Kesihatan Muslim (MHPA).

Kedua-dua pertubuhan yang diiktiraf membantu masyarakat mengharungi cabaran-cabaran yang didatangkan oleh COVID-19, khususnya kepada masyarakat Islam setempat.

Mereka juga melengkapi program-program bantuan di peringkat negara.

Menurut Encik Masagos, masyarakat Islam tempatan bersatu padu untuk menyokong negara dalam mengharungi masa-masa mencabar.

Beliau menyeru kepada masyarakat Islam tempatan supaya meneruskan semangat gotong royong dan saling menyokong antara satu sama lain dalam menempuhi cabaran hari muka.
Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan