Masagos alu-alukan usaha lanjutan RLAF kumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengalu-alukan usaha pengumpulan dana untuk mangsa Gaza yang dilancarkan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) baru-baru ini.
Dalam satu catatan di Facebook pada Jumaat (20 Sep), Encik Masagos berkata beliau telah menyaksikan majlis penyampaian cek bernilai 1.1 juta dolar daripada RLAF kepada UNICEF di Amman, Jordan, dua minggu lalu.
Semasa di Jordan, Encik Masagos berkongsi bahawa beliau juga melawat Pertubuhan Amal Hashemite Jordan JHCO untuk mengetahui lebih lanjut tentang operasi bantuan kemanusiaan dari Jordan ke Gaza.
"Ternyata lawatan kami ke Jordan telah membuahkan hasil. Selain UNICEF, RLAF kini bekerjasama dengan rakan kongsi lain seperti JHCO, serta sebuah pertubuhan tempatan, Humanity Matters, untuk kempen pengumpulan dana dan pengagihan demi menghasilkan matlamat yang lebih yang berkesan," katanya.

Malah, ini juga kali pertama RLAF bekerjasama dengan pelbagai pertubuhan dalam kempen pengumpulan dananya.
"Ini merupakan kali pertama RLAF bekerjasama dengan berbilang pertubuhan untuk kempen pengumpulan dana, dan saya berterima kasih kepada semua yang terlibat. Dana yang dikumpul akan diguna untuk menghantar bekalan kesihatan, keperluan pendidikan dan perubatan.
"Sejajar dengan usaha ini, kempen pengumpulan dana ini akan menggembleng tenaga orang ramai di Singapura untuk membungkus bekalan dan terlibat dalam pungutan dana daripada orang awam. Saya berharap masyarakat kita akan tampil untuk menyokong usaha murni ini," tambahnya.
Mengakhiri catatannya, Encik Masagos berharap masyarakat Singapura akan terus menyokong dan menyumbang kepada usaha kerjasama negara bersama rakan kongsi dalam usaha berterusan terhadap bantuan kemanusiaan buat Gaza.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.