Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos alu-alukan seminar Masyarakat Islam Gemilang Sabtu ini

Seminar Masyarakat Islam Gemilang dalam Konteks Masyarakat Sekular (ICCOS) akan berlangsung Sabtu ini (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seminar Masyarakat Islam Gemilang dalam Konteks Masyarakat Sekular (ICCOS) akan berlangsung Sabtu ini (6 Nov).

Dalam satu catatan Facebook hari ini (4 Nov), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengalu-alukan siri seminar anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu.

Seminar yang melibatkan cendekiawan setempat dan antarabangsa itu bertujuan memberi mereka peluang berkongsi idea dan pengalaman mengharungi pelbagai cabaran masyarakat.

"Wadah seperti seminar ini menyediakan peluang yang berguna untuk menggembleng kekuatan dan kebolehan kita serta bekerjasama ke arah visi Masyarakat Islam Gemilang," tulis Encik Masagos.

Misalnya, pada edisi pertama ICCOS yang dianjurkan Jun lalu, para cendekiawan setempat berkongsi cara Singapura membimbing masyarakat Islam membuat penyesuaian berdepan COVID-19 termasuk untuk solat Jumaat.

Menyingkap pengalamannya menghadiri seminar tersebut, Encik Masagos "berbesar hati" melihat para asatizah di sini mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan itu.

Kata beliau: "Mereka ghairah untuk mengetahui bagaimana kita boleh bergerak ke hadapan dengan yakin sebagai sebuah masyarakat dan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran baru."

Encik Masagos menekankan bahawa MUIS dan para pemimpin agama saling bekerjasama dalam usaha mencari jalan terbaik untuk masyarakat maju ke hadapan, lebih-lebih lagi pada "masa yang tidak menentu dan agak membimbangkan ini."

Oleh itu, beliau menanti-nantikan seminar ICCOS yang akan datang untuk meneruskan perbincangan mengenai Masyarakat Islam Gemilang.

"Saya ingin mendengar lebih banyak daripada sarjana antarabangsa yang dihormati tentang bagaimana mereka berjaya mengemudi isu-isu kontemporari di negara masing-masing," tulis Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan