Masagos alu-alukan kerjasama dengan Thailand, Filipina perkasa masyarakat Muslim

Encik Masagos mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Thailand Wan Muhamad Noor Matha (keempat dari kiri) bersama Cik Catherine Wong (Duta Singapura ke Thailand) and Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen (kedua dari kanan) semasa lawatannya ke Thailand dan Filipina. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)
Demikian kongsi Encik Masagos menerusi catatan di Facebooknya pada Jumaat (14 Jun) menyusuli lawatan beliau ke Manila dan Bangkok baru-baru ini.
"Ini sejajar dengan inisiatif membina Masyarakat Gemilang demi memperkasa masyarakat Islam yang hidup dalam konteks sekular dan persekitaran yang rencam, berkembang maju dalam masyarakat mereka", menurut Encik Masagos.
Dalam pada itu, Encik Masagos juga mengalu-alukan penyertaan Thailand dan Filipina di Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS)yang akan datang.
Sidang anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), itu menghimpunkan pemimpin pemikir, cendekiawan agama dan pemimpin masyarakat dalam menyumbang buah fikiran mereka ke araha membentuk model teladan bagi masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia.
ICCOS yang kembali dianjurkan buat kali kedua, itu dijadual berlangsung dari 14 hingga 15 Oktober.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.