Masagos akan lawat UAE, Jordan dari 1 hingga 5 Sept
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli akan mengadakan lawatan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan dari 1 hingga 5 September 2024.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Singapura dengan UAE dan Jordan.
Di Abu Dhabi, Encik Masagos dijadual akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai, termasuk Pengerusi Penguasa Am Ehwal Islam, Wakaf dan Zakat Dr Omar Habtoor Al Darei, Pengerusi Hedayah dan Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Ehwal Luar Majlis Kebangsaan Persekutuan Dr Ali Rashid Al Nuaimi, Pengerusi Jabatan Pembangunan Masyarakat Dr Mugheer Khamis Al Khaili, Menteri Negara Perdagangan Luar Negeri Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi, serta Pengerusi Jabatan Tenaga Awaidha Murshed Al Marar.
Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, juga akan melakukan lawatan ke Universiti Ilmu Kemanusiaan Mohamed Bin Zayed (MBZUH), serta bertemu dengan masyarakat Islam Singapura di UAE.
Di Amman pula, Encik Masagos dijadual bertemu dengan Menteri Wakaf, Ehwal Islam dan Tapak Suci, Dr. Mohammed Khalayleh, Pengerusi pertubuhan amal Jordan Hashemite Charity Organisation (JHCO), Putera Rashed Bin Hassan Al Talal, dan Presiden Universiti Jordan, Profesor Nathir Obeidat.
Encik Masagos juga akan bertemu dengan para pelajar Singapura yang belajar di Jordan.
Di samping itu, Encik Masagos juga akan menyaksikan penyerahan cek simbolik antara Yayasan Rahmatan Lil Alamin
(RLAF) dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), bagi kutipan dana untuk Gaza yang dijalankan pada Mac tahun ini.
Encik Masagos akan diiringi oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Encik Kadir Maideen dan para pegawai lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.