Skip to main content

Singapura

Masa untuk syarikat teknologi 'ambil sebahagian tanggungjawab' maklumat palsu: Edwin Tong

Sedang dunia bergelut dengan masalah berita palsu, kini tepat masanya untuk syarikat-syarikat teknologi "memikul sebahagian tanggungjawab" bagi penyebaran maklumat palsu, kata Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kesihatan, Edwin Tong pada Isnin (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2018 01:38PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 01:10AM

SINGAPURA: Sedang dunia bergelut dengan masalah berita palsu, kini tepat masanya untuk syarikat-syarikat teknologi "memikul sebahagian tanggungjawab" bagi penyebaran maklumat palsu, kata Menteri Negara Kanan Undang-Undang merangkap Kesihatan, Edwin Tong pada Isnin (26 Nov).

Encik Tong bercakap kepada Mediacorp di London di mana beliau sedang menghadiri perbicaraan antarabangsa tentang berita dan maklumat palsu.

Ditanya apa yang beliau ingin syarikat-syarikat teknologi lakukan bagi menangani isu tersebut, Encik Tong berkata, langkah mengawal selia kandungan adalah di antara perkara-perkara yang penting.

Encik Tong menambah, pemantauan berkesan ke atas berita palsu memerlukan tindakan tertentu daripada syarikat-syarikat teknologi. 

"Saya rasa seseorang itu harus sedar bahawa anda tidak boleh hanya menanganinya dari atas ke bawah dengan cara menghentikan dan menyekat arus itu, tetapi untuk menanganinya dari bawah ke atas dan juga melihat kandungan yang ada, jenis pengguna, sama ada mereka tulen atau tidak," katanya.

Beliau akur, syarikat-syarikat teknologi telah mula sedar bahawa mereka memainkan peranan lebih besar dalam menangani maklumat palsu.

"PERSPEKTIF BERLAINAN"

Encik Tong bersama dua wakil lain dari Singapura - Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara Sun Xueling dan AP GRC Aljunied Pritam Singh juga dijangka akan mendengar keterangan dari beberapa saksi di Perbicaraan Jawatankuasa Agung Antarabangsa tentang Berita dan Maklumat Palsu pada Selasa.

Ketiga-tiganya yang merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Singapura tentang Kepalsuan Online yang Disengajakan dijangka akan disertai ahli-ahli parlimen dari United Kingdom, Kanada, Ireland, Argentina, Brazil, Latvia dan Australia. 

Mengambil perhatian tentang ketiadaan CEO Facebook Mark Zuckerberg yang menolak undangan jawatankuasa itu, Encik Tong menyifatkannya sebagai "dikesali". Syarikat media sosial gergasi itu sebaliknya diwakili naib presiden huraian dasar Richard Allen. 

Sumber : CNA/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita