Masa menunggu lebih panjang bagi 90 khidmat bas; lebih ramai pemandu positif COVID-19
Sekitar 90 khidmat bas mengalami masa menunggu lebih lama tidak melebihi tiga minit sebagai sebahagian daripada pelan luar jangka dalam memastikan operasi yang lancar. Ini sedang lebih ramai pemandu bas diuji positif COVID-19.
SINGAPURA: Sekitar 90 khidmat bas mengalami masa menunggu lebih lama tidak melebihi tiga minit sebagai sebahagian daripada pelan luar jangka dalam memastikan operasi yang lancar. Ini sedang lebih ramai pemandu bas diuji positif COVID-19.
"Disebabkan kadar tinggi vaksinasi dan suntikan dos penggalak serta langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat, para pemandu bas yang dijangkiti membentuk kurang lima peratus daripada jumlah keseluruhan pemandu bas," kata Meteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat di Parlimen pada Isnin (28 Feb).
Encik Chee menarik perhatian terdapat kenaikan pada jumlah kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh varian Omicron yang berjangkit.
Namun begitu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali bas sedang "memantau keadaan dengan rapi" dan akan melaksanakan rancangan bagi memastikan khidmat bas penting terus beroperasi, tambah Encik Chee.
Beliau menjawab satu soalan parlimen yang diajukan oleh Anggota Parlimen (AP) Joan Pereira (PAP - Tanjong Pagar) tentang bagaimana lonjakan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pemandu bas memberi kesan kepada pengangkutan bas awam serta masa menunggu untuk para penumpang.
Sekiranya terdapat kenaikan pada jumlah pemandu bas yang dijangkiti COVID-19, langkah-langkah luar jangka akan dilaksanakan," kata Encik Chee. Ini termasuk menambah selang masa antara khidmat bas, bermula dengan khidmat bas yang mempunyai permintaan rendah", tambah beliau.
"Jika boleh, LTA dan pengendali bas juga akan mengerahkan lebih banyak bas dua tingkat untuk khidmat yang dinaiki lebih ramai penumpang."
Sebagai respons, Cik Pereira bertanya sama ada syarikat bas mempunyai sekumpulan pemandu bas simpanan atau yang sudah bersara baru-baru ini yang boleh dihubunginya sekiranya perlu.
"Kami ada sekumpulan bekas pemandu bas dan yang sudah bersara baru-baru ini... Kami sedang cuba untuk menambah jumlah pemandu bas tempatan dengan menjangkaui lebih ramai individu untuk menyertai kami, untuk menggalas peranan penting lagi bermakna ini, untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja pengangkutan awam.
"Pada masa yang sama, kami tahu ia bukan mudah untuk melatih pemandu bas kerana ia memakan masa," kata Encik Chee.
"Jadi walaupun kami cuba untuk membawa masuk semula bekas pemandu bas, pemandu bas yang sudah bersara, kami juga memerlukan masa untuk melatih pemandu bas yang baru. Ini adalah satu usaha berterusan. Kami mahu melakukan kedua-duanya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.