Masa menunggu lebih lama di hospital 'konsisten' dengan lonjakan jumlah pesakit selepas cuti umum: MOH
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah ambulans di luar jabatan kemalangan dan kecemasan sebuah hospital di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan)
SINGAPURA: Masa menunggu lebih lama di beberapa jabatan kecemasan hospital sekarang ini konsisten dengan lonjakan jumlah pesakit semasa tempoh sibuk selepas cuti umum, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (16 Mei).
Ini menyusuli kenyataan beberapa hospital awam pada Rabu yang menyatakan hospital-hospital itu mengalami jumlah pesakit yang ramai di jabatan kecemasan mereka.
Dalam catatan Facebook, Hospital Besar Changi (CGH) dan Hospital Besar Sengkang (SKH) menasihatkan pesakit untuk menjangkakan masa menunggu yang lebih lama disebabkan jumlah pesakit yang ramai ketika ini.
Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) juga memberitahu Mediacorp pada Rabu bahawa pihaknya telah melihat peningkatan jumlah pesakit di jabatan kecemasannya sejak Selasa.
Hari Isnin adalah cuti umum di Singapura sempena Hari Vesak.
Jurucakap KTPH berkata bahawa peningkatan jumlah pesakit itu sebahagian besarnya disebabkan oleh hujung minggu yang panjang baru-baru ini, manakala SKH memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa peningkatan jumlah pesakit yang dihadapi mereka pada minggu lalu adalah "konsisten dengan lonjakan jumlah pesakit semasa tempoh sibuk selepas cuti umum."
Kedua-dua hospital menyatakan bahawa peningkatan jumlah pesakit ini bukan disebabkan oleh COVID-19.
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan hospital akut boleh berdepan kehadiran pesakit yang lebih tinggi di jabatan kecemasan mereka pada masa-masa tertentu dalam tahun ini.
"Walaupun terdapat kehadiran pesakit yang lebih tinggi di jabatan kecemasan, hospital akan terus melakukan 'triage' pesakit dengan pantas, untuk mengenal pasti pesakit yang mempunyai keadaan kesihatan yang serius dan memastikan mereka diberi perhatian dengan segera dan penjagaan pesakit tidak terjejas."
Ia menambah bahawa pasukan yang menjaga pesakit di hospital akan dikerahkan untuk memulakan rawatan bagi pesakit yang menunggu untuk dimasukkan ke jabatan kecemasan.
Ini bagi memastikan tidak ada sebarang kelengahan dalam penjagaan yang diberikan.
Pesakit juga boleh dipindahkan atau dialihkan ke hospital lain, menurut MOH.
Mengulangi nasihat sama seperti yang diberikan oleh hospital yang terjejas sebelum ini, MOH menasihatkan pesakit supaya mendapatkan rawatan di klinik doktor keluarga atau poliklinik untuk keadaan yang tidak mencemaskan.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.