MAS utamakan kestabilan harga untuk rangsang pertumbuhan ekonomi SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan, keutamaannya tahun ini adalah memastikan kestabilan harga sebagai asas bagi pertumbuhan ekonomi.
Ini kerana kenaikan kadar faedah di merata dunia, membantu mengurangkan inflasi.
Namun ia juga memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan tekanan terhadap pasaran kewangan.
Disebabkan itulah, MAS memberi jaminan bahawa ia bersedia menawarkan kecairan kewangan dalam sistem kewangan demi mewujudkan kestabilan walaupun dalam keadaan sejagat yang tertekan.
Salah seorang penganalisis tempatan mengatakan, dengan cabaran-cabaran luaran berterusan, bank pusat Singapura itu tidak dijangka mengetatkan lagi dasar kewangannya, kali kelima berturut.
"Pemacu utama inflasi sebenarnya dipacu secara domestik, khususnya kos domestik seperti kos buruh dan sewa. Tidak terlalu banyak mengenai barangan import. Jadi, mengetatkan lagi, menaikkan lagi nilai dolar Singapura tidak semestinya berkesan dari segi menangani pemacu inflasi sekarang, sumber inflasi sekarang," ujar Irvin Seah, pakar ekonomi kanan DBS.
Encik Seah menambah, kos buruh yang tinggi hanya berlaku dalam industri-industri tertentu seperti sektor runcit dan pelayanan.
Kedua-duanya menyaksikan permintaan lebih kukuh ekoran pembukaan semula ekonomi.
Bagaimanapun dengan pertumbuhan Singapura mula menjadi perlahan, pasaran buruh kata beliau akan mula merosot.
"Masih ada banyak kekurangan pekerja dalam banyak perusahaan. Ini kerana, disebabkan pasaran buruh yang ketat, kos buruh terus meningkat dan ini berada dalam rangka dinamik inflasi keseluruhan. Jadi, hanya apabila pertumbuhan mula berkurangan - lazimnya selepas dua suku, atau enam bulan - barulah anda mula melihat kemerosotan atau pengurangan dalam pasaran buruh," tambah Encik Seah.

Sumber : CNA/DY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.