Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS usul pelabur runcit ambil penilaian risiko sebelum perdagangkan mata wang kripto

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelabur runcit di Singapura yang berminat untuk memperdagangkan mata wang kripto mungkin perlu melalui penilaian risiko sebelum dibenarkan berbuat demikian.

Penggunaan kemudahan kredit untuk memperniagakan mata wang kripto juga mungkin akan dilarang.

Langkah-langkah itu adalah antara yang diusulkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi melindungi para pengguna runcit, berdasarkan salah satu kertas perundingan awam yang diterbitkan pada Rabu (26 Okt).

Bank pusat tersebut sudah berkali-kali memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko pelaburan mata wang kripto. Awal tahun ini, MAS melarang para penyedia khidmat perdagangan kripto daripada menayangkan iklan di tempat-tempat awam dan memperoleh khidmat pihak ketiga seperti para pempengaruh.
MAS menekankan lagi dalam kenyataan media pada Rabu bahawa memperdagangkan mata wang kripto, atau juga dikenali sebagai token pembayaran digital (DPTs), "berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk masyarakat awam".

Ia bagaimanapun menarik perhatian bahawa memandangkan mata wang kripto memainkan peranan sokongan dalam ekosistem aset digital yang lebih luas, ia "adalah tidak wajar untuk mengharamkannya".

MAS mengkehendaki para penyedia khidmat DPT untuk memastikan tingkah laku perniagaan yang betul dan pendedahan risiko yang mencukupi bagi mengurangkan risiko kepada para pengguna daripada perdagangan spekulatif dalam mata wang kripto.

MAS juga menyarankan agar para penyedia khidmat mengasingkan aset para pelanggan daripada aset syarikat.

MAS mempelawa kesemua pihak yang berminat untuk mengemukakan maklum balas mengenai saranan-saranan itu.

Tempoh mengumpul maklum balas berhubung saranan-saranan MAS itu akan dijalankan sehingga 21 Disember.
Sumber : CNA/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan